TIPS KESIHATAN

PUBISHED BY MAMZ 27/12/2023

MULUT BERBAU , PETANDA USUS KOTOR?

Pernah tak korang rasa insecure bila nak cakap dengan kawan – kawan sebab mulut berbau. Mesti rasa tak selesa kan?

Korang tahu tak masalah mulut berbau disebabkan asid refluks yang sepatutnya ada dalam perut naik ke saluran makanan hingga buatkan pedih hulu hati hingga keluarkan bau yang tak sedap bila kita sendawa.Bukan tu je, diet yang tak seimbang dan usus yang tak proses makanan dengan baik jugak punca kenapa mulut berbau.

SUMBER : GOOGLE IMAGE

Korang tahu tak setiap makanan dan minuman yang kita makan setiap hari  akan diproses dan diserap oleh usus. Tapi, sebahagaian serat yang tak penting boleh membahayakan kesihatan kita. Jadi, penting sebenarnya untuk kita menggamalkan pemakanan yang berkhasiat untuk membersihkan usus.

Korang tahu tak selain  mulut berbau, sembelit, rasa sakit di bahagian tubuh dan keletihan juga menjadi tanda usus kita dalam keadaan tidak sihat.

CARA MEMBERSIHKAN USUS YANG KOTOR :

Untuk mengatasi masalah yang menyebabkan ketidakselesaan fizikal dan penjagaan pola makanan yang seimbang  perlu diamalkan untuk mengatasi masalah usus kotor. Antaranya dengan :

1)Pola pemakanan yang sihat

Ramai yang menyangka pengambilan minuman detoks dan menggamalkan diet ekstrem dapat membantu melawaskan sembelit dan boleh menguruskan badan. Sedangkan, cara untuk menjaga usus secara semulajadi adalah dengan menggamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat.

Penjagaan pemakanan yang betul  dapat mengawal berat badan dan menjadikan tubuh badan lebih sihat. Pengambilan makanan yang kaya dengan serat seperti buahan, sayuran dan makanan sunnah seperti habbatus sauda bagus untuk melancarkan sistem pencernaan.

 

Amalan diet yang ekstrem dan tidak sihat boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain. 

2.Rutin senaman fizikal

Ramai yang kurang mengambil perhatian bahawa peratus lemak tubuh yang tinggi juga boleh menyebabkan seseorang lebih berisiko untuk mendapat kanser usus.

Oleh itu, penting untuk menggamalkan pergerakan fizikal atau senaman fizikal yang boleh meningkatkan aliran darah ke otot dalam sistem pencernaan. Ini akan membuatkan otot usus bekerja dengan lebih cepat untuk menggerakkan makanan dalam saluran pencernaan.

3.Pengambilan ubat atau supplemen tambahan

Sesetengah orang mengalami sembelit adalah disebabkan faktor biologi yang terjadi, menyebabkan usus tidak dapat mencerna makanan dengan baik. 

Pengambilan julap atau ubat pelawas boleh menjadi cara untuk melawaskan masalah sembelit. Ubat pelawas ini boleh membantu ‘mengalirkan’ najis yang terkumpul di dalam usus. Julap berfungsi untuk menarik air dari badan ke dalam usus. Air ini akan diserap oleh najis untuk memudahkan pelepasannya.

Namun begitu, pengambilan pelawas juga perlulah dengan nasihat daripada doktor supaya tidak mendatangkan mudarat yang lain kepada tubuh badan.

4.Menjalani rawatan hidroterapi

Hidroterapi atau pembilasan usus biasanya akan disyorkan untuk pesakit yang mengalami sembelit teruk yang tidak lagi boleh dirawat dengan ubat-ubatan.Prosedur hidroterapi melibatkan pembilasan kolon dengan cecair dengan jumlah yang besar.

Kemudian, cecair ini akan mengairi usus besar dan menghilangkan najis yang masih terkumpul. Rawatan  hidroterapi ini boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti:

-Dehidrasi

-Loya dan muntah

-Menyebabkan  elektrolit badan tidak seimbang,

-Merosakkan bakteria baik di dalam usus

-Risiko peningkatan cecair di dalam paru-paru dan berpotensi mengalami fungsi jantung terjejas.

 

Oleh itu, penting untuk kita mendapatkan nasihat daripada doktor jika mengalami masalah sembelit yang teruk. Bukan tu saja, amalkan akviti fizikal seminggu tiga kali, pengambilan air yang cukup dan makanan yang sihat untuk bantu sistem pencernaan kita. Pengambilan makanan atau supplemen tambahan juga penting untuk membantu sisterm pencernaan. Cara yang paling mudah adalah dengan menggamalkan Mamz Gold yang kaya 100 % minyak habbatus sauda!

MAMZ GOLD – Mamz