TIPS KESIHATAN

PUBLISHED BY MAMZ 3/1/2024

PUNCA DARAH TINGGI ADA KAITAN DENGAN BUAH PINGGANG?

SUMBER : GOOGLE IMAGE

Tekanan darah tinggi adalah antara penyakit kronik yang paling banyak dihidapi oleh masyarakat negara kita. Persoalannya, apakah punca darah tinggi? 

Darah tinggi boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor dan ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jantina mahupun usia.

 

FAKTOR KEBARANGKALIAN

Hipertensi atau darah tinggi boleh berlaku kepada mana-mana individu pada sebarang lapisan usia, dan pelbagai faktor boleh menjadi punca darah tinggi atau hipertensi. Seseorang yang mengalami darah tinggi berisiko untuk mendapat penyakit jantung dan strok.

Dalam beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan terdapat ciri-ciri tertentu atau faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang untuk mengalami masalah tekanan darah tinggi. Antara punca darah tinggi usia muda adalah seperti berikut:

  • Lelaki
  • Usia
  • Kadar kolesterol tinggi
  • Berat badan berlebihan
  • Gaya hidup tidak aktif 
Punca darah tinggi
Selain daripada faktor yang disenaraikan di atas, berikut adalah antara beberapa perkara yang boleh menjadi punca darah tinggi naik mendadak:
 
1. Genetik
Sesetengah penyelidik mempercayai bahawa genetik tertentu di dalam DNA anda turut boleh menyebabkan wujudnya hipertensi. Sememangnya hampir tiada apa yang boleh dilakukan untuk mengubah genetik anda. Tetapi mengetahui bahawa terdapat ahli keluarga seperti ibu bapa, datuk atau nenek, mahupun adik-beradik yang mempunyai hipertensi, sudah tentu dapat membantu pakar perubatan untuk menentukan jika anda mungkin berisiko untuk turut mengalaminya.

 

2. Pengambilan garam berlebihan

Umumnya, pengambilan garam secara berlebihan, sama ada secara langsung atau garam yang terkandung dalam makanan diproses, akan meningkatkan risiko untuk mengalami tekanan darah tinggi.  American Heart Association mencadangkan pengambilan garam sehari hanya pada kadar kurang daripada 1,500 miligram (mg). Walau bagaimanapun, dikatakan kebanyakan individu di negara tersebut mengambil lebih daripada 3,400 mg garam sehari.

 

Pengambilan garam secara berlebihan untuk tempoh jangka masa yang panjang akan meningkatkan kecenderungan untuk mengalami strok, masalah jantung serta masalah kesihatan lain. Namun, pengambilan garam yang disyorkan itu sudah tentunya berbeza bagi individu yang lebih berusia, mereka yang menghidapi diabetes atau masalah buah pinggang. 

 

3. Kurang kalium dalam tubuh badan

Jika pengambilan garam yang berlebihan dikatakan punca darah tinggi naik mendadak, sebaliknya kekurangan kalium di dalam tubuh badan juga turut boleh menjadi salah satu puncanya. Individu yang mengambil makanan dengan kalium dalam jumlah yang seimbang, akan kurang berisiko untuk mempunyai masalah tekanan darah tinggi. 

American Heart Association mencadangkan untuk mengambil antara 3,500 hingga 5,000 mg kalium dalam sehari. Sudah tentu, setiap perkara yang diambil secara berlebihan akan mengundang kesan sampingan, begitu juga dengan kalium. Mengambil kalium dalam jumlah yang terlalu banyak akan menyebabkan masalah berkaitan jantung. 

Jadi untuk mengetahui jumlah kalium yang sesuai dengan anda, pastikan anda berjumpa dan melakukan rundingan dengan doktor perubatan anda. 

4. Ubat-ubatan 

Sesetengah ubat-ubatan tertentu turut boleh menjadi faktor penyebab darah tinggi. Pengambilan ubatan tertentu akan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi sebagai kesan sampingan. Bergantung kepada keadaan dan tahap kesihatan anda, doktor boleh mengesyorkan cara menurunkan darah tinggi dengan menyesuaikan dos ubatan, mengubah jenis ubat atau merawat masalah tekanan darah tinggi yang dialami dengan rawatan lain.

Bagi sesetengah individu, keadaan kesihatan tertentu boleh mengembangkan darah tinggi. Merawat masalah kesihatan yang dihadapi akan dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi yang dialami.

5. Masalah buah pinggang 

Buah pinggang merupakan organ yang sangat penting. Ia bertanggungjawab dalam menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin ketika anda kencing. Tetapi buah pinggang yang mempunyai masalah tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Banyak perkara yang boleh menjejaskan fungsi buah pinggang.

Jika doktor mengesyaki anda mempunyai masalah buah pinggang yang tidak berfungsi, mereka akan melakukan beberapa ujian darah untuk mengesahkan diagnosis yang dilakukan. Terdapat beberapa punca darah tinggi yang boleh diatasi dengan mengubah gaya hidup seperti menjaga aspek pemakanan dan melakukan senaman secara teratur!

Jika anda mengalami sebarang gejala darah tinggi, anda disarankan untuk berjumpa doktor yang bertauliah untuk mendapatkan rawatan sepatutnya. Bukan tu je, pencegahan awal juga dapat dilakukan sekiranya anda mengalami masalah darah tinggi.

 

Anda juga boleh menggamalkan makanan tambahan yang diiktiraf dan  diyakini selamat untuk kesihatan. Bagi anda yang ingin mencegah masalah darah tinggi atau sedang mengalami darah tinggi, bolehlah menggamalkan Mamz Gold yang diperbuat 100 % daripada minyak habbatus sauda.

 

Tekan link di bawah untuk maklumat tentang Mamz Gold :

MAMZ GOLD

 

Sumber artikel : hellodoktor//punca darah tinggi