TIPS PENJAGAAN BAYI YANG PERLU IBU BAPA TAHU.
Setiap pasangan suami isteri mengimpikan cahaya mata yang sering menjadi simbolik cinta dalam kehidupan berumah tangga. Artikel ini akan memberikan sedikit pencerahan dan tip kepada pasangan suami isteri baharu berkenaan dengan cara penjagaan bayi baru lahir.
Di pasaran memang terdapat pelbagai jenis pilihan saiz dan bentuk botol susu. Ada yang kecil , yang besar dan juga lebar .
Tahukah mommiz semua , pemilihan botol susu amat penting bagi memberi keselesaan dan keselamatan penyusuan buat anak-anak kita? Ya, botol susu memainkan peranan penting dalam setiap sesi penyusuan . Botol susu berperanan sebagai alternatif kedua kepada anak-anak yang menyusu .
Kebersihan botol susu juga haruslah berada ditahap yang maksimum dan perlu dijaga dengan baik sekali untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit .
Kekerapan pertukaran botol susu adalah bergantung kepada tahap kualiti dan cara penggunaan botol susu tersebut. Bahasa mudahnya , kalau dah tengok botol susu dah penuh geseran, penutup botol susu yang mula merapuh dan botol susu yang sudah menguning sampaikan ada kerak susu yang sukar ditanggalkan, atau lubang saluran puting tu dah tersumbat , eloklah tukarkan dengan botol susu yang baru yer. Kesian kat anak kita terpaksa hisap susu menggunakan botol susu yang tak selamat lagi. Setuju tak mommiz ?
Meh kita kongsikan dekat mommiz tips sebelum membeli botol susu si manja.
1. Bebas BPA
BPA ialah nama singkatan bagi Bisphenol A iaitu sejenis bahan kimia yang biasa ditemui pada kebanyakan botol susu yang dijual di pasaran, terutamanya yang berharga murah. Fungsi BPA ialah untuk menjadikan botol susu keras serta bersifat jernih dan lutsinar. BPA akan keluar dari botol susu dan masuk ke dalam susu anak apabila anda memanaskan botol berulangkali, membasuh botol susu dengan air panas atau menggunakan botol yang sama untuk tempoh masa yang lama.
Botol susu yang mengandungi BPA sangat membahayakan kesihatan dan di antara risiko yang dihadapi anak yang menggunakan botol susu yang mengandungi BPA ialah:
- Meningkatkan risiko kanser payudara
- Menyebabkan risiko anak mengalami akil baligh pada usia yang terlalu muda
- Mengganggu proses tumbesaran anak
- Mulut yang kecil, tak muat untuk memasukkan berus mencuci botol
- Bentuk yang berbucu dan sukar untuk dibersihkan dengan berus mencuci botol
- Puting silikon tidak akan berbau seperti puting lateks
- Puting silikon lebih tahan lama dan tak mudah koyak berbanding puting lateks
- Anda tidak tahu sekiranya anak anda alah kepada lateks atau tidak, oleh itu elakkan daripada membeli puting susu lateks untuk mengelakkan perkara yang buruk.
Selain itu, anda perlu tahu aliran puting yang paling sesuai untuk anak anda. Terdapat 3 jenis aliran puting yang dijual di pasaran iaitu:
- Aliran laju. Puting susu aliran laju sesuai untuk bayi yang sudah besar dan pandai minum dari sipping cup.
- Aliran sederhana laju pula sesuai untuk bayi berumur 6 bulan ke atas.
- Aliran perlahan. Puting susu dengan aliran perlahan lebih sesuai untuk bayi yang baru lahir atau bayi yang mudah tersedak susu.
- Bau. Botol susu yang dibuat dari kaca tidak berbau.
- Berat. Botol susu dari plastik lebih ringan berbanding botol susu kaca.
- Ketahanan. Botol susu kaca mudah pecah atau retak apabila terjatuh. Namun, botol susu kaca tahan lebih lama daripada botol susu plastik.
- Mudah dicuci. Botol susu kaca lebih mudah dicuci berbanding botol susu plastik.
- Tahan haba panas. Botol susu kaca lebih tahan haba panas berbanding botol susu plastik.
- Menarik perhatian anak. Botol susu plastik biasanya datang dalam bentuk dan corak cantik yang lebih menarik minat anak.
- Harga. Botol susu plastik biasanya lebih murah daripada botol susu kaca.
- Untuk bayi yang baru lahir, botol bersaiz 2oz sudah memadai kerana bayi kecil tidak minum susu dalam kuantiti yang banyak dan anda perlu perlu tukar botol susu setiap 3 bulan ataupun apabila terdapat kesan calar pada botol susu plastik.
- Untuk bayi yang besar dan mula minum susu dalam kuantiti yang banyak setiap kali menyusu, anda boleh belikan botol susu bersaiz besar.
- Apa yang paling penting, pilih botol susu yang sesuai dengan mulut bayi anda dan tahap perkembangannya supaya bayi merasa selesa ketika minum dan mengelakkan daripada berlaku kejadian tersedak susu.
- Pencuci botol susu. Elakkan daripada membasuh botol susu dengan pencuci pinggan mangkuk
- Berus mencuci botol susu
- Sterilizer. Membasuh sahaja tidak mencukupi. Anda perlu sterilkan botol susu sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Penting untuk ibu mngetahui cara menyimpan susu badan bagi tahan lama amat penting bagi ibu yang mempunyai bayi yang masih kecil. Mungkin pernah dengar sebelum ni cara simpan susu badan dalam plastik atau cara simpan susu ibu dalam cooler bag.
Dah ada anak sendiri ni barulah nak kelam-kabut nak praktikkan pulak. Susu ibu adalah makanan yang paling berkhasiat untuk bayi, memberikan mereka semua nutrien penting yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka.
Ada pelbagai cara mudah yang boleh anda ikut dan cuba. Para ibu boleh cuba teknik mudah berikut untuk simpan susu ibu yang sudah diperah agar tahan lama.
- Anda boleh memerah dan membuat simpanan stok susu 4 minggu atau seawal 2 minggu selepas bersalin Perah susu anda pada bila-bila masa sekiranya payudara masih terasa penuh atau jika susu anda berlebihan walaupun bayi telah cukup menyusu
- Jika bayi telah menyusu di sebelah payudara sahaja, perahlah susu anda di sebelah payudara lagi
Pilih bekas yang sesuai -bekas plastik/kaca/botol tanpa puting yang bebas BPA (Free BPA) - Simpan perahan susu ibu dalam bekas yang bersih dan tertutup
- Simpan kuantiti susu yang mencukupi untuk sekali penyusuan (2oz-5oz)
- Labelkan tarikh dan masa perahan pada bekas susu perahan
- Cara penyimpanan ini adalah yang seperti di syorkan oleh Bahagian Pemakan Kementerian Kesihatan Malaysia
Menyimpan Susu Yang Telah Diperah
- Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
- Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
- Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26°C selama 4 jam, di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.
- Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan
Cara Nak Cairkan Susu Ibu Yang Sudah Simpan Lama Dalam Peti Sejuk
- Susu ibu yang telah di simpan dalam peti sejuk tidak boleh terus dipanaskan secara terus.
- Cara yang betul untuk mencairkan susu ibu yang telah di simpan dalam peti sejuk seperti yang disyorkan oleh CDC seperti berikut
- Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.
- Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
- Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
- Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)
- Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.
Menyimpan Susu Yang Telah Diperah
- Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
- Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
- Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26°C selama 4 jam, di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.
- Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan
Cara Nak Cairkan Susu Ibu Yang Sudah Simpan Lama Dalam Peti Sejuk
Susu ibu yang telah di simpan dalam peti sejuk tidak boleh terus dipanaskan secara terus. Cara yang betul untuk mencairkan susu ibu yang telah di simpan dalam peti sejuk seperti yang disyorkan oleh CDC seperti berikut :
- Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.
- Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
- Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya. Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan.
- Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.
Cara simpan susu badan dengan betul agar boleh bertahan lama bukan saja penting untuk memastikan bayi mendapat bekalan susu ibu. Tetapi ianya juga perlu bagi memastikan bayi anda mendapat nutrisi yang terbaik dan tidak tercemar. Perkara yang paling penting untuk ibu adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, cara penyimpanan susu ibu dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.
Ibu yang mempunyai masalah kurang susu badan dan ingin menambah susu badan, bolehlah cuba amalkan dibuat daripada gabungan makanan sunnah seperti minyak zaitun dan habbatus sauda gred AAA yang ditanam di Dataran Arab Habsyah. Sesuai untuk menambahkan tenaga badan ibu, menambahkan susu badan ibu dan banyak lagi.
Bayi menangis adalah perkara biasa, namun jika tangisan itu berlarutan, anda perlu waspada! Kenapa begitu? Jom kita mengintai permasalahan tangisan si manja. Punca No. 5 paling banyak para ibu abaikan. Baca ni.
Bayi tidak mampu bercakap. Satu-satunya cara bayi berkomunikasi adalah dengan bergantung kepada tindakan refleks badannya untuk menghasilkan bunyi. Bila bunyi-bunyian ini gagal difahami atau tidak diberi perhatian, maka bayi akan mula menangis. Selanjutnya ketahui 5 PUNCA BAYI MENANGIS yang para ibu WAJIB tahu.
1. BAYI MENANGIS SEBAB DEMAM
Sebagai ibu bapa yang baru melalui pengalaman pertama mendapat cahaya mata, tentu sukar untuk menjaga bayi yang mengalami demam. Jika badannya panas, pastikan anda tidak menutup badannya dengan kain tebal. Ini SALAH! Buka baju dan seluar bayi anda. Bagi udara segar kena pada badan bayi. Boleh juga menggunakan tuala lembab yang telah direndam terlebih dahulu dalam air bersih. Letakkan di atas badan dan dahi si comel. Ini akan membantu menurunkan suhu badan bayi dengan cepat.
2. BAYI MENGALAMI KEMBUNG PERUT
Jika bayi menangis dalam tempoh yang lama iaitu lebih daripada tiga jam dalam satu hari, ia mungkin kembung perut! Masalah kembung perut sering menyerang bayi. Ia berlaku disebabkan tidak sendawa selepas bayi menyusu, penyuapan makanan yang cepat mengakibatkan angin masuk ke sistem penghadaman bayi yang belum matang. Pastikan anda tepuk bayi hingga sendawa tiap kali selepas makan atau menyusu.
3. GATAL ATAU RUAM BAYI
Bayi anda menangis mungkin juga sebab ada bahagian badannya yang terkena ruam. Biasanya pada bahagian celah-celah seperti kawasan lampin, celah peha, celah ketiak ataupun di pipi akibat terkena susu. Ini menyebabkan bayi gatal dan kadang-kadang boleh menyebabkan jangkitan. Ibu-ibu perlu mendapatkan rawatan segera bagi mengelakkan masalah ini makin merebak. Tuam dengan tuala lembab yang direndam terlebih dahulu dalam air panas untuk mengurangkan radang dan gatal.
4. BAYI ANDA SELSEMA
Hidung bayi mungkin tersumbat menyebabkan dia sukar bernafas. Ini juga menyukarkan dia menyusu kerana hidung tersumbat. Kesiannya! Pasang kipas atau penghawa dingin untuk menyediakan suasana yang nyaman buat bayi. Tanggalkan pakaiannya atau pakaikan baju yang longgar pada badannya. Pastikan hidungnya dibersihkan kerap dengan tuala bersih. Dapatkan rawatan segera kerana dikhuatiri berlaku jangkitan pada paru-paru si comel jika berlarutan lebih dari 3 hari.
5. BAYI ANDA BATUK BERKAHAK
Batuk berkahak adalah masalah paling banyak para ibu abaikan jika berlaku pada anak. Batuk berkahak merupakan kesan buruk setelah selsema berpanjangan dialami oleh bayi anda. Ini merupakan peringkat jangkitan di mana hidung bayi mungkin tersumbat dan kahak telah mula memenuhi kerongkong bayi. Harus diingat! Bayi bukan seperti orang dewasa yang boleh berkahak atau meludah kahak sendiri. Kesiannya si comel anda jika ini berlaku.
Saat kelahiran bayi adalah detik-detik yang dinanti – nantikan oleh pasangan suami isteri. Saat yang penuh mendebarkan dengan perasaan yang bercampur baur. Namun sebelum melalui saat-saat tersebut, ada perkara yang tidak kurang pentingnya juga iaitu menyediakan barang-barang keperluan ibu dan bayi sebelum kelahiran.
Ramai suami isteri yang terlalu teruja untuk melakukan persediaan menyambut kelahiran dengan membeli pelbagai keperluan si manja. Sehinggakan, ada yang terlepas pandang untuk membuak senarai semak barang – barang yang perlu dan tidak perlu ada untuk si manja. Senarai semak amat penting bagi mengelakkan daripada berlaku pembaziran atau ‘over spend’ oleh bakal ibu dan ayah.
Ibu ayah di luar sana mesti berminat nak tahu apakah barangan utama yang wajib di beli untuk menyambut kelahiran si manja. Ini dia senarai barang baby uang wajib dibeli:
- Set tilam berserta bantal
- Selimut
- Kain lampir
- Krim bayi boleh gunakan Mamz Cream
- Set Mandian
- Bedak
- Cotton bud bayi
- Stokin kaki dan tangan
- Baju
- Barut
- Tuala mandi
- Lampin pakai buang
- Changing mat
- Tisu basah
- Kelambu
- Tub mandi
- Botol susu newborn
- Beg pakaian
- Pemotong kuku
- Kit mudah guna untuk uruskan uri bayi
Set Pakaian
- Baju lengan pendek
- Seluar panjang
- Seluar pendek
- Rompers
- Barut baby
- Bedung baby
- Sarung tangan
- Sarung kaki
- Tuala
- Topi (Elakkan ubun -ubun bayi sejuk)
- Sapu tangan
- Kain lampin
- Cloth diaper
- Lampin pakai buang untuk new born
- Bib
Set mandian
- Besen mandi bayi
- Tuala mandi
- Tuala muka
- Cecair mandian
- Syampu
Set penjagaan bayi
- Losen bayi
- Minyak bayi
- Bedak bayi
- Sikat atau berus rambut
- Minyak telon
- Alat pemotong kuku
- Kapas muka
- Krim ruam lampin
- Termometer digital
- Tilam
- Bantal kepala
- Bantal peluk
- Cadar
- Selimut
Set Penyusuan Bayi
Penyusuan susu ibu:
- Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
- Bekas penyimpanan susu ibu
- Beg pendingin
- Nursing cover
Penyusuan susu formula:
- Botol susu bebas BPA
- Puting botol susu
- Berus botol
- Bekas untuk menyimpan susu formula
- Bekas menyimpan air panas
- Bekas menyimpan air kosong
- Alat steril botol susu
Ibu mana yang tidak sedih melihat bayi yang baru lahir disahkan menghidap demam kuning.Ingatkan lepas lahir, dah boleh terus bawa anak balik ke rumah tanpa sebarang masalah. Risau pula kalau organ dalaman seperti hati menghadapi masalah.Mesti terfikir, macam manalah badan yang kecil dan halus ini boleh kena demam kuning…
KENAPA BAYI MUDAH TERKENA DEMAM KUNING?
Sebenarnya, demam kuning bukan masalah baru di kalangan bayi yang baru lahir. Mengikut statistik, lebih 60% bayi menghidap demam kuning selepas dua atau tiga hari dilahirkan.
Manakala, 80% daripada bayi yang tidak cukup bulan menghidap sakit kuning lima atau enam hari selepas dilahirkan. Ibu-ibu semua, jangan risau. Sakit kuning ini bukan disebabkan oleh masalah limpa seperti yang dihadapi oleh orang dewasa.
Tetapi, ia disebabkan darah bayi mengandungi bilirubin yang tinggi, sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh pecahan sel darah merah. Hati bayi yang masih belum matang tidak mampu untuk menapis atau memetabolismekan lebihan bilirubin ini. Semakin tinggi bilirubin ini, semakin banyak warna kuning merebak daripada kepala seterusnya ke abdomen. Sebab itu langkah pencegahan harus diambil seawal waktu mengandung.
1. LAKUKAN PEMERIKSAAN DARAH
Darah yang tak sepadan antara ibu dan bayi boleh menyebabkan breakdown sel darah yang menghasilkan banyak bilirubin. Wanita yang mempunyai darah O+ juga berisiko. Sebab itu penting untuk lakukan pemeriksaan darah.
2.ELAK BERSALIN AWAL
Bayi yang lahir sebelum 34 minggu berisiko tinggi untuk mendapat sakit kuning. Oleh itu pastikan anda lakukan di bawah ini untuk elak bersalin awal.
3. ‘KEEP UP-TO-DATE’ PENJAGAAN PRANATAL
Penjagaan pranatal yang konsisten akan memastikan anda dan bayi sentiasa sihat sepanjang mengandung. Jangan ‘missed’ temujanji dengan doktor di klinik kesihatan kerajaan atau swasta yang ditetapkan. Sebarang masalah juga dapat dikesan dengan segera sebelum bersalin.
4.AMAL PENGAMBILAN MAKANAN TINGGI KHASIAT
Makanan berciri ‘super food’ seperti kurma, susu kambing, madu lebah, buah delima adalah antara makanan yang sangat elok dimakan sepanjang kehamilan.
5. BERSEDIA UNTUK MENYUSU BADAN
Seawal kelahiran, segerakanlah memberi susu badan pada bayi kerana ia dapat mengelakkan bayi terkena demam kuning.
Buat persediaan supaya anda lebih yakin untuk memberi susu badan kepada bayi. Walaupun ia kedengaran remeh, percayalah, proses menyusu badan bukanlah sesuatu yang begitu mudah. Ia sebenarnya memerlukan persediaan mental dan fizikal, terutamanya pada detik awal-awal kelahiran.
BERMINAT NAK DAPATKAN LAGI BACAAN SECARA PERCUMA TERUS KE TELEFON ANDA??
Isi sahaja borang di bawah, kami akan hantar bacaan secara percuma sahaja terus ke telefon ibu.