LAIN – LAIN

TAK TAHU HIDAPI GERD? INI 7 GEJALA LAZIM GERD YANG PERLU DIAWASI!

PUBLISHED BY MAMZ 26/1/2024

Korang pernah dengar tak orang dulu-dulu kata kalau baring selepas makan nanti jadi ular sawa? Sebenarnya memang tak elok baring selepas makan, takut boleh mengundang penyakit Gerd. Gerd ni adalah satu penyakit yang biasa orang kena tetapi bukan bermaksud kita boleh pandang remeh tentangnya. Apa itu Gerd dan apa tanda – tanda yang seseorang tu menghidapi Gerd?

Gerd adalah sejenis penyakit pencernaan yang berlaku apabila makanan atau cecair berasid dalam perut keluar dan naik semula ke dalam esofagus. Gerd atau asid refluks boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia – dari kanak-kanak hinggalah orang dewasa. Sebab itulah, korang kena tahu mengenai tanda atau simptom Gerd. Gerd berlaku disebabkan ketidakupayaan injap pada hujung esofagus untuk tertutup dengan baik. Asid yang terkandung di dalam perut kemudiannya akan mengalir masuk ke dalam esofagus dan tekak lalu menyebabkan anda rasa masam pada mulut. Masalah asid refluks boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Tapi, normal untuk korang mengalami masalah pedih ulu hati sekali-sekala. Cumanya, kalau korang terlalu kerap mengalami asid refluks atau pedih ulu hati, ini menandakan penyakit Gerd.

7 GEJALA GERD YANG PALING NORMAL HINGGA PALING ‘RARE’

Tidak dinafikan, Gerd adalah satu penyakit yang sangat menyakitkan dan boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada penghidapnya. Antara tanda-tanda Gerd adalah:

1. Pedih ulu hati
Pedih ulu hati merupakan simptom GERD yang paling lazim. Pesakit akan rasa pedih dan sakit yang menusuk pada bahagian tengah dada. Jika pesakit alami pedih ulu hati kurang dari 2 kali seminggu, ini dikategorikan sebagai GERD sederhana. Walau bagaimanapun, jika simptom berlarutan lebih daripada 2 kali seminggu, ini merupakan tanda GERD yang serius.

 2. Sakit dada disebabkan GERD
Sakit dan pedih pada kawasan dada merupakan salah satu simptom lazim GERD. Selalunya, rasa sakit ini akan menjalar dari kawasan perut, dada dan leher. Malah, sakit dada juga akan menjadi semakin teruk pada waktu malam.

3. Rasa masam atau pahit dalam mulut
Rasa masam atau pahit dalam mulut mungkin merupakan satu tindak balas terhadap sesuatu yang anda makan. Malah, bukanlah sesuatu di luar kebiasaan untuk anda ‘sendawa’ sehingga rasa masam atau pahit dalam mulut.

Walau bagaimanapun, jika perkara ini berlaku dengan kerap, ia mungkin merupakan tanda GERD.

4. Makanan terkeluar semula
Pernahkah anda rasa ingin termuntah, tapi tidak jadi? Kondisi ini juga dikenali sebagai regurgitasi makanan. Ia menyebabkan sebarang sisa makanan yang masih belum tercerna naik kembali ke kerongkong. Kondisi yang sama juga akan menyebabkan anda rasa masam atau pahit pada mulut. Malah, ada juga penghidap GERD yang akan rasa pedih ulu hati dan sakit dada ketika regurgitasi berlaku.

5. Sukar menelan makanan
Anda rasa sukar menelan makanan? Jika ya, anda mungkin menghidap GERD. Kesukaran menelan makanan atau disfagia menyebabkan seseorang itu mengambil masa yang lebih lama untuk menelan makanan. Disfagia merupakan satu kondisi yang sangat menyakitkan. Malah, ada pesakit yang langsung tidak boleh menelan makanan disebabkan disfagia.

6. Sering sakit tekak atau batuk kering disebabkan GERD 
Selalu batuk dan sakit tekak walaupun tidak demam? GERD adalah salah satu penyebab sakit tekak dan batuk kering yang tidak diketahui puncanya. Kondisi ini juga merupakan antara simptom GERD yang ramai terlepas pandang. Malah, mereka yang batuk disebabkan GERD tidak akan sembuh walaupun setelah mengambil ubat batuk atau lozenges. Selalunya, batuk ini akan menjadi semakin serius pada waktu malam. 

7. Simptom semakin teruk ketika berbaring
Jika anda kerap mengalami pedih ulu hati, anda pasti sudah tahu bahawa simptom akan menjadi semakin teruk ketika anda berbaring. Malah, tidur juga boleh terganggu disebabkan sakit dada dan heartburn. Berbaring hanya akan menyebabkan simptom menjadi semakin teruk. Ketika badan kita berada dalam posisi terlentang, graviti tidak dapat membantu menggerakkan makanan dan asid perut melalui sistem pencernaan dengan lebih baik. Jadi, asid perut akan berkumpul dan menyebabkan ketidakselesaan pada kawasan perut dan dada. Sebab itulah, penghidap GERD adalah perlu berwaspada kerana akan kerap sakit dada dan pedih ulu hati ketika sedang berbaring!

Haa korang nak tahu tak antara cara untuk melegakan masalah penghadaman adalah dengan amalkan gaya hidup yang sihat terutama sekali dalam bab pemakanan. Hal ini kerana terdapat makanan tertentu yang boleh menyebabkan asid refluks menjadi lebih teruk. Selain itu, boleh jugak untuk cuba amalkan Mamz Gold. Sebab Mamz Gold ni diperbuat daripada 100% minyak habbatus sauda yang sangat bagus untuk kesihatan badan. Nak tahu banyak lagi info tentang Mamz Gold, baca details dekat bawah!

MAMZ GOLD