Ni Kak Ira nak share sikit cara Kak Ira nak ajak anak2 belajar berpuasa.
🌺BAGI DIA RASA TERUJA NAK MASUK BULAN RAMADHAN
Sebelum bulan puasa, Kak Ira cerita dekat diorang ni pasal bulan Ramadhan. Contohnya, masa bulan Ramadhan ni nanti ada makanan sedap2, ada solat terawih, ada moreh lepas terawih, boleh beli baju raya cecantik. Nak bagi dia rasa teruja dengan bulan Ramadhan.
🌺MULA PUASA BEBERAPA JAM DULU
Mula-mula tu Kak Ira suruh dia puasa sampai balik sekolah jer. So takde sarapan masa nak pergi sekolah. Lepas balik sekolah bole la nak minum air dgn makan yang ringan2. Tapi takde makan nasi tau. Lepas dah ok, dah bersedia, Kak Ira motivate dia supaya puasa penuh sampai Maghrib pulak.
🌺 PUJI DAN BAGI REWARD ANAK YANG PUASA
Kak Ira selalu puji abang atau adik yang boleh puasa penuh. Siang puji, malam puji. Biar dia dengar banyak kali dan rasa seronok. Siapa yang tak suka kena puji kann hahahaha. Dan Kak Ira akan bagi reward kalau dia puasa penuh. Reward ni ikut apa yang dia suka. Selalunya Kak Ira belikan coklat kesukaan dia, macam Kit-Kat ke. Siang siapa puasa penuh, malam dapat satu Kit-Kat😀
🌺BUAT JUADAH KESUKAAN MEREKA MASA BERBUKA DAN SAHUR
Malam sebelum tidur atau pagi2, Kak Ira akan tanya anak-anak apa dia nak makan masa berbuka nanti. Kak Ira suruh dia tulis sendiri kat whiteboard apa yang dia nak. Lepas tu letak whiteboard kat ruang tamu bagi diorang selalu nampak. So dia tahu nanti masa berbuka apa makanan dia boleh makan.
🌺REWARD DUIT RAYA
Kak Ira bagitahu awal-awal siapa yang puasa sehari dapat RM1 atau RM2. So kalau dapat puasa sebulan dah berapa kan. Boleh beli mainan kegemaran dia. Cara ni untuk tambah motivasi dia untuk terus puasa sampai hujung Ramadhan.