loader image

TIPS SEMBUHKAN RUAM DAN LUKA DI PELIPAT KULIT BAYI.

Bila terpandang gambar anak kecil yang mempunyai masalah ruam dan luka di pelipat kulit ini, teringatkan petua ibu-ibu yang diamalkan sejak turun temurun dalam penjagaan bayi terutamanya bayi yang baru lahir dan dalam pantang khususnya bagi menggelakkan ruam seperti sehingga seolah-olah ada kesan kelaran pada leher. Yang lebih parah lagi bila ruam bertambah teruk hingga berdarah. Kesian kan kat bayi. Si kecil yang tak tahu mengadu hanya menangis saja la bila ia rasa tak selesa. Akibatnya ibu yang tak boleh tidur malam kerana menghadap rengekan si kecil.

Punca Ruam Bayi:
1. Bekas lelehan susu yang terkena kulit
2. Peluh
3. Lelehan lebihan air bilasan mandi yang tidak dikeringkan betul-betul pada kulit
4. Cuaca yang panas dan lembab
5. Alergik kulit yang teruk

Kepada mereka yang baru pertama kali menimang cahaya mata, sekiranya anda ingin mengenalpasti bagaimanakah rupa ruam bayi ini, biasanya bayi yang dijangkiti ruam akan mengalami tanda-tanda seperti berikut di bahagian pelipat lengan, kaki (terutama kaki yang berketak-ketak untuk bayi yang sihat), leher, bahagian atas dada, belakang kepala, punggung dan kawasan sulit serta belakang telinga, Tanda berikut akan jelas kelihatan:

1. Kemerah-merahan pada kulit.

2. Bintik-bintik merah pada kulit.

3. Lebih kritikal hingga meninggalkan kesan seakan-akan berdarah

4. Kulit seolah-olah tersiat

PETUA IBU MENGELAKKAN BAYI RUAM

1. Pastikan mandikan bayi dengan air suam

2. Semasa mandi, tidak perlu sabun atau sebarang antiseptik. Cukup sekadar anda menyediakan sehelai tuala kecil seperti ini. Tapi biasanya saya gunakan lampin bayi kerana lampin lebih lembut berbanding tuala kecil. Almaklumlah bayi yang baru lahir sangat lembut kulitnya. Harus dibelai dengan berhati-hati. Basahkan tuala kecil dengan air suam. Lap dan sapukan tuala basah tersebut dikawasan ‘spot’ ruam contoh dipelipat leher, ketiak, celahan lengan, celahan kaki, celahan kelengkang yang berketak-ketak, belakang telinga dan di bahagian pipi. Bahagian pipi selalunya timbul kesan ruam kerana bekas lelehan susu. Kadang-kadang bukan sekadar ruam…pipi mereka boleh berkerak pula. Alaaa….dah tak comel nanti bayi sekiranya tidak dibersihkan segera.

3. Selepas mandi, pastikan bayi dilap sekering-keringnya dengan tuala yang kering sekali lagi di kawasan ‘spot’ yang disebutkan tadi. Kawasan ‘spot’ tersebut perlu lebih perhatian. Peringatan : Belek betul-betul di kawasan spot sehingga betul-betul tiada lembapan atau air di situ. Selak-selak la sikit spot tu. Air lembapanlah yang akan menyumbangkan kepada ruam nanti. Sekiranya dibiarkan dalam jangkamasa yang lama akan mengakibatkan kulit mereka kemerahan seperti dihiris.

4. Pastikan lampin sering ditukar terutamanya yang kulit sensitif. Bayi yang menyusu badan sepenuhnya kerap kali buang air besar ketika dalam pantang. Boleh dikatakan setiap jam akan buang air. Kekadang tu lepas salin lampin dah membuang lagi. Saat ini, ibu perlu beri sepenuh perhatian memastikan bayi dalam keadaan bebas najis. kalau dibiarkan walau seminit, punggung bayi akan mulai kemerah-merahan. Lebih parah sekiranya melecet. Bila dicuci dengan air tentu pedihkan. Bayi tak tahu nak cakap, menangis sajalah tahunya.

5. Elakkan guna bedak keterlaluan, atau tidak perlu guna bedak langsung.

6. Elakkan guna ubat sapu mengandungi paraben atau steroid. Kesian kulit bayi yang masih halus mulus dicemari dengan bahan kimia merbahaya.

7. Lebih elok gunakan sapuan semulajadi antaranya Tepung Ubi. Tepung ubi adalah bersifat lembut dan halus. Tidak melekit dan tidak merengsakan. Lembut untuk kulit bayi. Orang tua selalu syorkan guna tepung ubi untuk melegakan ruam pada bayi. Kalau tanya saya, saya jawap ‘YES’ tepung ubi adalah remidi yang sangat awesome dan mustajab untuk mengurangkan ruam bayi. Untuk ruam bayi yang tidak begitu teruk, tepung ubi sangat efektif.
.
#Mamz
#PenawarSELSEMABERKAHAKBayiNo1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *