“Doktor, saya sudah selsema lama, gejala masih tidak reda walaupun sudah ambil rawatan. Boleh beri antibiotik yang lebih kuat?”
Ketahuilah, jangkitan virus biasanya mengambil masa yang lama untuk sembuh. Ia bergantung pada ketahanan tubuh seseorang individu.
Untuk meningkatkan ketahanan tubuh, pastikan anda mendapat rehat yang cukup, minum air dan ambil makanan yang berkhasiat.
Antibiotik tidak dapat merawat jangkitan virus, elakkan mendesak doktor untuk memberi antibiotik yang lebih kuat jika gejala masih tidak sembuh.
Kementerian Kesihatan Malaysia