loader image

PERLU KE ANAK-ANAK MAKAN SUPPLEMEN? INI FAKTA YANG MAK AYAH KENA ALERT!

Seperti yang orang ramai sudah tahu bahawa pengambilan supplemen dapat membantu memberikan khasiat ‘extra’ kepada tubuh kita. Oleh itu, ada juga dalam kalangan ibu bapa mengambil inisiatif untuk memberi supplemen kepada si manja. Namun, adakah perlu sebenarnya untuk anak anda mengambil supplemen? Ini jawapan dari dietitian.

FAKTA SUPPLEMENT ANAK

‘Saya beli supplemen sebab anak tak cukup amkan dari sumber real foods’
‘Saya bagi anak supplemen nak naikkan selera makan’
‘Saya bagi anak supplemen sebab sekarang banyak penyakit luar sana…’

Ada ke mommie tergolong dalam kumpulan di atas?

Selepas tanya pendapat mommies di media sosial masih ramai yang salah anggap fungsi supplemen dan menyalahgunakan supplemen tersebut untuk anak anak. Berikut fakta supplemen:

Supplemen yang dijual di pharmacy yang SAH mengandungi MICRONUTRIENT seperti zat dan vitamin

Tujuan: Untuk melengkapkan zat ini yang tak dapat nak ambil dengan mencukupi dari diet akibat keadaan tertentu seperti:

1. Sakit (demam ,selsema, iron deficeincy anemia etc)

2. Penyakit tertentu yang memerlukan zat tersebut dalam kuantiti yang lebih contoh kanser etc

3. Tidak boleh makan untuk memenuhi keperluan secara mencukupi contoh koma

TAPI SUPPLEMEN SEBENARNYA TIDAK BOLEH

1. TIDAK BOLEH NAIKKAN BERAT BADAN ANAK

Supplemen mengandungi MICRONUTRIENT yang tiada kalori. Yang menaikkan berat badan adalah kalori yang datang dari gabungan karbohidrat,lemak dan protein. Kalau ambil supplemen untuk tujuan naikkan berat tiada gunanya….

2. TIDAK BOLEH BERFUNGSI DENGAN BAIK TANPA REAL FOODS

Anda sentiasa focus untuk ambil vitamin C nak kuatkan immuniti tapi lupa vitamin C fungsinya apa..Ia MENYOKONG sistem immuniti tapi bukan pertahanan utama. Nak bagi immune sistem kuat bukan saja Vitamin C tapi perlu antioksidan lain seperti Vitamin a dan E, perlu sumber Protein yang merupakan building blocks utama kulit,tisu,darah dan macam macam lagi.
Anda ambil vitamin C tapi masih tak amalkan diet yang sihat dan seimbang vitamin C tu takkan fungsi dengan baik

3. BUKAN UNTUK ANAK PANDAI

DHA banyak dalam bentuk supplemen sekarang dan YES banyak kajian menunjukkan DHA mampu untuk meningkatkan kecerdasan otak anak. Tapi yang utama datang dari stimulus kepada otak bukan DHA sahaja. Stimulus datang dalam bentuk

– komunikasi
– hands in bermain
– problem solving (menyelesaikan masalah)
– main di luar
– bertanya

Anak anda makan DHA setiap hari tapi stimulus hanya datang dari gadget. Sukar untuk meningkatkan kecerdasan otak anak nanti. Mak ayah pun tengok fon je…mana datang stimulus komunikasi…

4. TIDAK CUKUP UNTUK NAIK SELERA MAKAN

Lysine antara zat yang dikatakan boleh naikkan selera makan. Tetapi mengikut carian kajian saya (boleh juga jika ada yang jumpa) tiada kajian terhadap keberkesanan lysine untuk meningkatkan selera makan dalam manusia. Yang ada hanya dalam haiwan. Anak anak akan berselera jika mereka

– makan on time

– aktif dan menggunakan tenaga yang diambil dari waktu makan sebelumnya

– menu yang balanced

Maka zat ini masih belum dibuktikan berkesan sebagai appetite stimulant dalam manusia atau kanak kanak. SEMUA YANG ADA DALAM SUPPLEMEN ada dalam real foods. Galakkan anak makan real foods…

Antara tips tips:

1. Jangan paksa anak untuk asik makan menu yang sama..asik nasi nasi nasi….kalau anak nak makan pasta silakan, tapi buatla jadi balanced

2. Sentiasa ada buah standby

3. Sentiasa ada air masak dalam botol standby

4. Jauhkan/sorokkan/simpan/jangan beli sumber yang tak sihat macam jajan, chocolate, gula gula..OUT OF SIGHT OUT OF MIND

5. Galakkan mereka aktif main di luar.

Good luck mommies. Jangan asik bergantung pada supplemen je tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *