loader image

Ayuh Amalkan 4 Saranan Dari KKM Untuk Lindungi Diri Anda & Keluarga Daripada Jangkitan COVID-19.

Pandemik COVID-19 disahkan merebak di negara kita pada 25 Januari 2020 membuatkan kerajaan Malaysia memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Tapi, sayangnya masih ada yang berdegil dan gagal mematuhi arahan ni.

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan orang ramai untuk mematuhi arahan dan berada di rumah sepanjang tempoh penguatkuasaanya dengan mengamalkan langkah-langkah mudah bagi melindungi diri dari virus COVID-19. Ayuh sama-sama praktikkan!

1. AMALKAN JARAK YANG SELAMAT!

Tak kiralah di rumah, tempat kerja ataupun di mana saja anda berada, pastikan anda menjaga jarak sosial 1 meter antara satu sama lain kerana jarak mampu mengelakkan penyebaran COVID-19.

2. LAKUKAN PEMBAYARAN SECARA PAYWAVE!

Apabila ingin membuat pembayaran, seelokya anda gunakan payWave di semua kedai. Kaedah ini lebih pantas dan selamat. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk anda berada di kaunter bayaran serta tiada sebarang sentuhan berlaku dengan juruwang.

3. BERHUBUNG MELALUI PLATFORM KOMUNIKASI!

Pasti sukar buat anda apabila tidak dapat keluar rumah selama dua minggu dan tidak dapat berjumpa dengan yang tersayang. Namun, itulah yang sebaiknya.

Manfaatkanlah segala platform media yang ada seperti media sosial dan aplikasi video untuk kekal berhubung dengan yang tersayang.

4. TAK PERLU BERSALAMAN!

Dalam keadaan sekarang, jika berjumpa keluarga atau orang yang anda kenal, jangan sekali-kali bersalaman atau membuat sebarang sentuhan. Cukup dengan letakkan tangan di dada dan ucapkan salam!

JOM KITA PUTUSKAN RANTAIAN COVID-19!

Ayuh sama-sama patuhi arahan kerajaan dan jadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dalam memerangi wabak COVID-19! Walaupun berjauhan, namun kita semua tetap di hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *