Ramai yang dah boring, stress dan cemas masa duduk kat rumah akibat isu COVID-19 ni. Memang patut pun kita rasa macam utu kan, tapi tak elok kalau kita biarkan perasaan kita macam tu je.
Ni Kak Ira share tips supaya kesihatan mental kita tetap sihat walapun dalam keadaan sekarang ni.
1. Jaga kebersihan diri dan sekeliling
Daripada kita asyik fikir dan rasa risau takut berjangkit dengan virus tu, baik kita tenangkan diri dengan jaga kebersihan diri dan rumah.
Paling sesuai masa yang ada ni kita guna untuk bersihkan rumah, cat rumah, dan ubahsuai perabot rumah. Anak-anak boleh tolong sekali.
2. Makan makanan dan minum air yang berkhasiat.
Ni lah peluang untuk kita plan menu kita setiap hari. Masukkan buah-buah, sayur-sayuran dan makanan yang bagus dalam menu. Barulah anak-anak dan kita satu famili lagi sihat.
3. Banyak baca cerita inspirasi kejayaan
Jangan asyik baca kisah sedih COVID-19 jer. Banyakkan baca cerita orang yang dah berjaya, orang yang nak mampu capai impian dalam hidup dia.
4. Buat TO-DO list setiap hari
Memang banyak godaan duduk kat rumah ni kan. Jadi pagi-pagi tu biasakan dengan buat list apa yang kita perlu setiap hari. Barulah kita tahu apa nak buat 1 hari tu kan.
5. Buat area ofis kat rumah yang kondusif
Pilih 1 area rumah untuk dijadikan ofis masa kita stay kat rumah ni. Barulah ada mood nak buat kerja.
6. Tetap berhubung dengan kawan-kawan dan famili
Duduk kat rumah bukan maknanya kita tak boleh nak berhubung dengan orang lain. Boleh gunakan video call Whatsapp untuk call mak ayah. Boleh buat meeting dengan kawan-kawan dengan guna Whatsapp, Google Meet atau Zoom.
7. Banyakkan solat dan baca Al-Quran
Amalan ni memang bagus untuk tenteramkan hati kita. Lagi bagus kita ambil peluang untuk fahamkan ayat-ayat Al-Quran. Jadi hidup rasa lagi bahagia walaupun asyik duduk kat rumah.
Masa PKP ni, buat je kita perlu jaga kesihatan fizikal je, kesihatan mental pun kena lagi. Lagi penting kesihatan mental ni tau!
Bila hati dah rasa tenang barulah boleh buat kerja yang kita perlu buat dengan baik.
Semoga bermanfaat.