loader image

Mak ayah yang ada anak umur 3 tahun ke bawah tolonglah pastikan kita usaha lakukan 7 tips penting ni:

👉 Elakkan anak kita tu tidur dengan botol susu melekat kat mulut.

👉 Mana anak yang gunakan puting kosong (pacifier), tak usah letakkan manisan atau gula pada puting tu.

👉 Seawal umur 1-2 tahun, kita patutnya dah galakkan anak-anak minum pakai cawan je.

👉 Kalau anak kita tu gigi susunya belum tumbuh lagi, cukup kita bersihkan gusi dia tu dengan kain bersih yang dah dibasahkan setiap kali lepas makan.

👉 Tengokkan anak masa dia gosok gigi. Mana yang belum pandai, kita tolonglah beruskan selama 2 minit.

👉 Ubat gigi tu pastikan yang mengandungi florida ye. Tak perlu banyak, sedikit calitan (smear) ubat gigi kita letak pada berus gigi dah cukup.

👉 Bawaklah anak kita ke klinik pergigian secara berkala, sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Seawal umur setahun sebenarnya dah patut dapatkan pemeriksaan gigi ni. Semoga bermanfaat 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *