loader image

BENDA NI BUATKAN TEMPAT TIDUR BABY TAK SELAMAT

5 benda ni antara yang kita wajib ELAKKAN supaya kes Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) tak berlaku kat baby kita:

👉 Jangan biar baby tidur meniarap melainkan kalau dia dah pandai pusingkan badan sendiri.

👉 Jangan tidurkan baby kat atas kusyen, water bed atau karpet tebal ala-ala sheepskin tu.

👉 Tak usah letakkan bantal, comforter atau patung mainan atas tilam baby kita supaya risiko baby lemas tertimpa benda tu semua tak berlaku.

👉 Mak ayah sendiri sebaiknya tak tidur atas katil yang sama dengan bayi. Ada tau kes bayi meninggal dunia sebab dihempap orang dewasa yang tengah tidur.

👉 Jauhkan perokok dari duduk atau tidur sekali dengan baby kita. Makin jauh kesan asap rokok tu dari baby kita, makin rendah risiko mati mengejut ni berlaku kat si comel tu.

Bahaya sangat kalau tak hati-hati. Di US je dilaporkan ada lebih kurang 3,500 kes kematian bayi terjadi setiap tahun disebabkan tempat tidur dan cara tidur yang tak selamat ni.

Bestkan dapat tahu ilmu ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *