loader image

KEKAL SIHAT DI USIA EMAS!

Semakin berumur, pelbagai perubahan berlaku pada badan manusia. Bagi warga emas, mereka masih perlu menjalani gaya hidup yang sihat untuk memastikan kesihatan badan terus terjaga..Terdapat banyak gaya hidup sihat yang boleh diamalkan.

1. Pemakanan yang sihat..

Semua peringkat umur harus mengambil berat terhadap pemakanan. Namun, perhatian lebih perlu diberikan kepada mereka yang berumur kerana kebiasaannya, banyak penyakit datang pada waktu ini. Sakit jantung, darah tinggi, diabetes, buah pinggang, gout dan artritis. Semua ini adalah penyakit yang kerap berlaku..

Banyakkan sayur-sayuran, buah-buahan serta sumber protein seperti ikan, daging dan ayam. Bagi mereka yang menghidap penyakit tertentu, sila berbincang dengan doktor berkenaan diet yang terbaik.

2. Senaman berkala.

Senaman adalah satu keperluan. Khusus bagi warga emas, senaman membantu mencegah atau mengawal tekanan darah, kesihatan jantung, kadar gula dan fungsi sendi serta menstabilkan emosi. 3 kali senaman seminggu dengan setiap sesi selama 30 minit sudah memadai..Senaman mudah seperti berjalan, joging atau berbasikal antara pilihan yang baik.

Walau bagaimanapun, sesetengah penyakit seperti sakit jantung kadangkala mengehadkan pergerakan dan stamina. Ia juga mungkin bahaya bagi anda untuk bersenam secara berlebihan kerana jantung anda mungkin tidak dapat menanggung beban yang terlalu banyak..

3. Pemeriksaan kesihatan secara tetap.

Perkara penting untuk menghadapi hari tua yang sihat adalah dengan berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan kesihatan secara tetap. Anda digalakkan untuk berjumpa doktor dan menjalani ujian pencegahan dan pemeriksaan am seperti tekanan darah, kolesterol, kesihatan tulang, pengurusan berat badan dan pemeriksaan lain (contohnya, prostat, payu dara, serviks, usus besar). .

Pastikan anda mendapat semua vaksin yang disarankan, yang bukan sahaja untuk kanak-kanak. Ikuti saranan doktor anda untuk kehidupan yang lebih sihat, contohnya, berhenti merokok dan elakkan pengambilan alkohol yang berlebihan.

4. Rehat secukupnya.

Badan memerlukan rehat yang cukup untuk proses detoksifikasi, proses pertumbuhan dan juga proses pembaharuan sel2.Jika waktu tidur tidak teratur dan cukup, semua proses ini akan terganggu dan mengelirukan tubuh badan dan organ organ kita. .Sekaligus, hormon badan manusia juga akan terjejas dan tidak sihat. Insulin adalah salah satu hormon yang berfungsi penting dalam badan manusia. Jika berlaku kecelaruan, ini boleh menyebabkan diabetes..

5. Pengambilan Mamz Gold secara konsisten.

Untuk lebih mudah, boleh amalkan Mamz Gold 2 biji setiap kali sebelum sarapan atau sebelum tidor bersama dengan air suam. Ianya berbentuk softgel, lembut, mudah di telan dan mudah di hadam. Pengambilan secara konsisten akan meningkatkan sistem imunisasi badan secara efektif..

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *