loader image

Jom Masak Bersama Anak!

Pemakanan di peringkat bayi dan kanak-kanak akan mempengaruhi corak dan status pemakanan seseorang apabila dewasa kelak. Oleh itu, amatlah penting bagi ibubapa untuk memastikan anak mendapat khasiat yang secukupnya bagi memastikan pertumbuhan yang optimum. Masak bersama anak-anak terutama sekali makanan kegemaran mereka bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa dengan anak malahan, dapat melatih serta […]

Makanan Untuk Bayi 6 Bulan

Memperkenalkan makanan pejal kepada bayi 6 bulan adalah satu langkah penting dalam perkembangan mereka. Pada usia ini, bayi sudah bersedia untuk mencuba makanan baru dan mempelajari cara mengunyah dan menelan. Salah satu makanan yang sesuai untuk bayi 6 bulan adalah sayur-sayuran. Sayur-sayuran seperti labu, kentang, dan ubi kayu boleh dikukus dan dihancurkan untuk memudahkan bayi […]

Punca Gigi Anak Rosak

Siapa di sini yang anaknya sering mengalami masalah gigi rosak. Masalah gigi rosak ini sebenarnya sering terjadi pada kalangan kanak-kanak kerana mereka masih tidak mengetahui kepentingan menjaga kesihatan gigi. Sebagai ibu bapa, kita yang perlu mendidik anak-anak supaya menjaga kesihatan gigi supaya mereka mendapat gigi yang kuat dan tidak mudah rapuh. Di sini kami kongsikan […]

ADAKAH TISU BASAH SELAMAT UNTUK BAYI?

Tisu basah merupakan salah satu item yang penting untuk bayi. Kegunaan tisu basah boleh memudahkan kerja ibu untuk menyalin pampers si kecil dengan hanya lap bahagian kotor pada punggung bayi.  Ini kerana bayi akan kerap kali membuang air besar selepas menyusu. Namun, dalam memilih produk tisu basah, ibu harus berhati-hati. Pastikan semak kandungan produk tersebut […]

Bahaya Ibu Meroyan Selepas Melahirkan

Penyakit meroyan atau lebih tepatnya postpartum psychosis sering dikaitkan dengan kemurungan di kalangan ibu yang baru melahirkan. Perkara ini sering terjadi pada wanita kerana keadaan badan mereka yang berasa tidak selesa selepas bersalin. Namun masalah ini akan menjadi lebih serius apabila melibatkan kemurungan melampau. Tubuh wanita akan mengalami banyak perubahan selepas bersalin dan ia tentunya […]

Awasi Tanda Ekzema Pada Bayi Anda

Ekzema merupakan ruam pada kulit yang terlihat seperti kulit kering, menebal, bersisik atau mempunyai benjolan merah kecil yang boleh melepuh. Lelehan daripada benjolan kecil itu kadangkala boleh berjangkit pada bahagian kulit yang lain. Ruam jenis ini kebiasaannya akan merasa gatal. Bayi lebih mudah terdedah dengan masalah ini kerana lapisan kulit bayi lebih nipis daripada orang […]

ELAKKAN SAPU BEDAK TALKUM PADA BAYI!

Siapa di sini yang masih menggunakan bedak talkum ketika menukarkan lampin bayi anda?  Penggunaan bedak talkum boleh menyebabkan masalah ruam lampin. Walaupun ruam lampin ini sering dialami oleh bayi berumur 12 bulan ke bawah, namun ia dapat dihindari. Ruam lampin berlaku apabila kulit menjadi kemerahan di kawasan lampin termasuklah bahagian paha, punggung dan bahagian kemaluan. […]

CARA NASIHAT ANAK IKUT JANTINA

Setiap anak dilahirkan dengan personaliti yang berbeza maka cara untuk menasihati anak sudah tentunya berbeza. Jantina anak juga memainkan peranan penting dalam mencari kesesuaian untuk menasihati anak. Anak lelaki kebiasaannya mempunyai personaliti yang lebih kuat dan anak perempuan mempunyai personaliti yang lembut. Maka cara untuk menegur anak juga akan berbeza. Anak lelaki 1. Memberikan pesanan […]

KEPENTINGAN VAKSINASI UNTUK ANAK

Terdapat segelintir ibu bapa yang tidak percaya dengan vaksin kerana risau melihat anak demam selepas menerima vaksin pertama. Sebenarnya, demam bayi selepas vaksin membuktikan bahawa antibodi bayi anda sedang dibina dan sedang melawan virus lemah di dalam vaksin tersebut. Hal ini membantu badan anak untuk mengenali virus tersebut pada masa akan datang dan tahu bagaimana […]

JANGAN BIARKAN ANAK IKUT ORANG TIDAK DIKENALI

Kes kanak-kanak hilang seringkali terjadi tanpa mengira masa dan zaman. Telah banyak langkah pencegahan yang diajar kepada kanak-kanak untuk mengurangkan kadar kanak-kanak hilang di Malaysia. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dengan sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak terutama ketika mereka bermain dengan kawan-kawan. Walaupun mereka bermain dengan kawan yang ramai, risiko untuk anak diculik masih […]