loader image

5 PETUA MUDAH NAK HILANGKAN RUAM BAYI. GUNA BAHAN KT RUMAH JER.. PETUA KE-5 PALING MUJARAB!

Ramai ibu bapa yang pernah berhadapan dengan masalah kulit bayi yang mengalami kemerahan dan kasar pada bahagian pipi, dagu, leher, punggung dan anggota yang lain. Kulit bayi terutamanya bayi yang baru lahir sangat sensitif.

Kali ini Kak Ira nak kongsikan petua menghilangkan masalah ruam di muka dan kulit bayi yang mungkin terjadi disebabkan oleh ruam panas, ruam susu atau ruam lampin.

Ruam boleh menyebabkan bayi anda merasa tidak selesa. Malah ada kalanya sangat mengganggu kerana terpaksa menahan gatal dan pedih terutamanya jika terjadi ruam di bahagian muka dan punggung.

Bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi yang bermasalah ruam di bahagian pipi, dinasihatkan agar membersihkan dan mengelap bahagian muka atau pipi bayi dengan kain lembap selepas menyusu untuk mengelakkan terjadinya ruam susu atau kurap susu.

Selain itu, beberapa petua tradisional yang boleh diamalkan mengikut kesesuaian bayi anda. Mana tahu berkesan untuk anak.

1. KELAPA PARUT

Ambil kelapa yang sudah diparut. Letak dalam kain dan gosokkan atau tuam pada bahagian ruam. Seeloknya gunakan kelapa yang yang belum diperah santannya. Biarkan santan itu mengena kulit bayi, biarkan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dicuci dengan air bersih.

2. IBU KUNYIT

Gunakan ibu kunyit, ketuk hingga keluar air. Sapukan pada bahagian ruam. Kena hati-hati pastikan bayi tak tenyeh air kunyit tu ke mulut atau mata. Takut pedih nanti. Seeloknya sapu masa bayi tido. Cuma kena lapik tempat tidur bayi dengan kain lain sebab warna kunyit ni susah nak ilang walaupun dah basuh banyak kali.

3. TEPUNG UBI KAYU

Tepung ubi kayi juga dianggap penawar kepada masalah ruam bayi. Anda boleh sapukan tepung itu ditempat ruam dan biarkan sahaja. Jangan campur dengan air. Buat seperti anak pakai bedak. InsyaAllah ruam akan hilang jika diamalkan berterusan. Boleh juga guna bedak sejuk dan disapukan di bahagian ruam.

4. GUNA KANJI NASI

Ada juga berpendapat boleh gunakan kanji nasi. Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanji ini akan disapukan pada ruam panas. Tapi kaedah ini kena hati-hati, jangan guna jika kulit bayi sangat sensitif sebab boleh menyebabkan kerensaan/ kulit kering kepada bayi.. nanti bertambah teruk pula.

5. GUNA MAMZ – SEMBURAN HABATUS SAUDA

Kaedah ini paling MUDAH antara semua. Sembur sedikit Mamz di atas tapak tangan Ibu. Selawat 3 kali dan sapu di atas kulit bayi yang terkena ruam. Buat 3,4 kali sehari. Biasanya selepas 2,3 hari da nampak beza. Kulit mula berubah ke warna asal kulit. Paling best bayi da tak gatal atau tak selesa lagi selepas sapu Mamz ni. Paling penting Mamz ni dari Habbatus Sauda asli, jadi tak runsing pasal bahan kimia atau kesan sampingan pada bayi. Kalau bayi tenyeh masuk mulut pun tak bahaya.

Memang hebat ubatan Sunnah ni. Benarlah Hadis Rasulullah SAW; “Tetaplah kamu pada Habbatus Sauda ini kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali mati”. Hadis riwayat Bukhari

Tak salah untuk kita ikhtiarkan yang terbaik buat anda yang mengalami masalah ruam ini. Kak Ira sendiri memang guna Mamz untuk anak-anak sejak dari dulu lagi. Alhamdulilah, pelbagai guna Mamz ni selain untuk ruam, elok sangat untuk merawat batuk berkahak dan selsema bayi juga..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *