loader image

“5 SEBAB IBU BERPANTANG KENA MINUM AIR SECUKUPNYA.”

“Dahaganya rasa bila menyusukan baby ni. Tapi kenapa mak bidan tu cakap tak boleh nak lebih-lebih minum air dalam pantang? Habis keringlah tekak aku kalau macam ni…”

Antara larangan yang sering didengar adalah petua yang 
mengatakan bahawa ibu berpantang tak boleh banyak minum air kosong. Alasannya sebab takut menyebabkan bentan, rahim kembang dan buncit.

Sepatutnya, ibu berpantang digalakkan meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari.

Jom kita fahami lebih lanjut kepentingan minum air kosong ketika berpantang yang sering disalah anggap.

1. Menyegarkan Tubuh.

Fungsi air sangat penting dalam tubuh seorang manusia. Begitu jugalah dengan tubuh ibu bersalin, apatah lagi setelah mereka mengalami kehilangan darah yang banyak ketika bersalin.

Siapa yang pernah berpantang tentu tahu bagaimana rasa tubuh yang lesu, letih, dan sakit-sakit badan. Cuaca di Malaysia pula panas. Maka seharusnya ibu berpantang diberi minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.

2. Membantu Penghasilan Susu Ibu.

Salah satu tugas ibu yang paling mencabar ketika berpantang adalah menyusukan bayi. Macam-macam masalah boleh berlaku berkait dengan penyusuan, contohnya kekurangan susu badan.

Sebenarnya, 90% daripada susu badan itu terdiri daripada air. Kalau ibu perasan, masa menyusukan bayi, ibu akan berasa haus. Kehausan ini adalah salah satu cara otak memberitahu kita agar meminum air.

3. Mencegah Sembelit.

Sembelit adalah masalah yang biasa dialami oleh ibu yang 
mengandung dan selepas bersalin. Cara pemakanan yang betul merupakan cara terbaik mengatasi masalah ini secara semulajadi. Kalau tak minum air, najis akan menjadi keras dan sukar 
disingkirkan. Memang makin payahlah nak membuang. Aduh!

4. Membantu Fungsi Organ Dan Mengelakkan Jangkitan.

Ibu berpantang juga perlu minum air secukupnya kerana air sangat penting bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

“Ibu berpantang boleh mengalami masalah jangkitan kuman pada pundi iaitu kencing kotor dan mungkin kerosakan ginjal sekiranya tidak minum air secukupnya.” kredit kepada Dr. Zubaidi.

5. Bahaya Dehidrasi.

Jangan pandang mudah pada dehidrasi. Simptom-simptom yang menunjukkan ibu kekurangan air termasuklah:

*Bibir / mulut kering
*Air kencing berwarna pekat / gelap
*Kurang kencing
*Pening
*Lemah / letih
*Sakit kepala

Selain simptom ini, dehidrasi juga boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius pada ibu berpantang.

JADI, MINUMLAH AIR SECUKUPNYA KETIKA 
BERPANTANG YA!

Janganlah takut nak minum air kosong ketika berpantang. Kalau nak jaga badan, elakkanlah minuman yang manis dan ambil makanan berkhasiat. Amalkan cara hidup sihat dan teruskan rutin begini sepanjang hayat, bukan hanya semasa dalam pantang saja.

Semoga bermanfaat untuk Mommies 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *