fbpx

5 TIPS ELAK ANAK SAKIT MASA RAYA

5 TIPS ELAK ANAK SAKIT MASA RAYA

5 TIPS ELAK ANAK SAKIT MASA RAYA

1. TIDUR YANG MENCUKUPI

Waktu tidur memainkan peranan penting dalam kesihatan seseorang, termasuklah anak kecil. Merujuk kepada National Sleep Foundation, 11-14 jam tidur diperlukan bagi anak kecil berusia 1-2 tahun, 11-13 jam tidur bagi anak kecil berusia 3-5 tahun, manakala 9-11 jam tidur diperlukan oleh kanak-kanak berusia 6-13 tahun setiap hari. Jika anak susah tidur siang, pastikan mereka masuk tidur lebih awal setiap malam.

Penelitian menunjukkan bahawa kurangnya tidur boleh mengurangkan penghasilan natural killer cell, iaitu senjata pertahanan tubuh yang berfungsi menyerang mikrob dan
sel kanser. Ini akan membuatkan kanak-kanak (serta orang dewasa) lebih mudah terkena jangkitan.

2. MEMPELBAGAIKAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN

Pastikan anak-anak mendapat sumber sayuran dan buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai warna kerana setiapnya mengandungi nutrisi yang berbeza. Kalau anak susah
makan sayuran dan buah, kita janganlah berputus asa untuk mencuba menu-menu baru dalam hidangan harian mereka.

Selain dimakan dalam bentuk segar, buah-buahan juga boleh diolah dalam bentuk lain seperti jus, aiskrim, smoothie, dan sebagainya untuk menarik minat mereka. Namun,
elakkan penambahan gula berlebihan ya!

3. MENERUSKAN PENYUSUAN BADAN

Bagi anak yang masih menyusu, penyusuan badan adalah antara cara yang terbaik untuk meningkatkan imuniti dalam tubuh mereka. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi
dan sel darah putih – iaitu 2 bahan utama yang memacu sistem pertahanan badan dan melawan sebarang jangkitan.

Jika anda mengalami payudara yang bengkak, cubalah mengepam dan memberi anak susu perahan sebagai alternatif buat sementara waktu. Di samping itu, ibu menyusu juga
boleh meningkatkan pengambilan makanan yang berkhasiat agar ia turut dapat dimanfaatkan oleh bayi melalui susu ibu.

4. MENGUTAMAKAN KEBERSIHAN

Ajarkan anak menutup mulut ketika bersin, batuk, dan buang hingus yang dihembuskan pada tisu atau sapu tangan khas. Tabiat ini bukan saja membantu menampilkan identiti
yang bersih, tetapi ia juga melindungi anak daripada menyebarkan kuman ke serata tempat.

Bagi anak kecil pula, perhatikan mereka dengan lebih kerap sekiranya mereka sedang tumbuh gigi dan suka mengeluarkan air liur. Pastikan wajah mereka selalu dilap.
Kebersihan gusi dan gigi juga penting walaupun bayi hanya minum susu ibu. Bilaskan dengan tuala lembap setiap hari.

5. BAWA MAMZ BERSAMA

Cuti raya pon panjang kan. Elok sangat kalau mommies standby sesiap mamz ni masa nak balik kampung.
Baby ni mudah tersumbat hidung. Takut dok lama-LAMA dalam kereta,
jem pulak tu, lagi cepat la nak tersumbat hidung dan selesema ni. Lagipun mamz ni mudah nak bawak travel. So, mommies standby mamz ni dalam beg tangan sahaja.

Nampak anak tak selesa nak bernafas, selesema, mommies terus sapukan mamz ni kat sekeliling hidung anak. Legaa kan, anak pun tak meragam.😍

#Mamz
#PenawarBatukDanSelesema

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Enter your keyword