loader image

7 CARA NAK HILANGKAN LETIH & MENGANTUK MASA HAMIL. BIAR CERGAS BERTENAGA!

7 CARA NAK HILANGKAN LETIH & MENGANTUK MASA HAMIL. BIAR CERGAS BERTENAGA!

Masa awal awal mengandung, biasanya sis mudah rasa letih sebab perubahan hormon. Tambah pulak ada muntah-muntah kan, lagi lah rasa letih.
Bila perut makin besar, sis lagi susah nak dapat tidur yang berkualiti. Sebab rasa tak selesa nak tidur dan selalu bangun tengah malam nak pergi toilet. Kan?
Sebab tu masa mengandung ni sis rasa lagi letih dan mengantuk waktu siang.

Jadi macam mana nak atasi masalah letih dengan mengantuk? Supaya kembali segar, cergas dan bertenaga. Barulah senang nak buat kerja harian.
Ini ada beberapa cara nak atasi letih masa mengandung. Boleh lah sis cuba.

BUAT SENAMAN RINGAN

Walaupun sis rasa letih, perlu buat senaman ringan untuk kembalikan tenaga yang hilang tu. Boleh berjalan 30 minit dalam rumah, atau buat regangan masa kat ofis. Ada banyak lagi jenis senaman yang sis boleh buat masa mengandung ni. Nanti Sarah share dekat post lain ya.

PILIH MAKANAN SIHAT

Ibu mengandung ni perlu ambil makanan yang sihat untuk kesihatan yang ibu dan baby dalam kandungan. Bagus sis lebihkan ambil protein, karbohidrat sihat dan lemak sihat. Untuk protein, lebihkan ambil ayam, ikan dan tauhu. Karbohidrat macam nasi dan pasta boleh gantikan dengan makan oat, atau roti wholemeal. Kurangkan makanan goreng-goreng.

REHAT YANG BRKUALITI

Pastikan sis dpaat tidur lagi awal. Boleh juga “power nap” sekejap waktu tengahari kalau sempat. Bagusnya sebelum waktu zohr tu, 12.30pm – 1pm. Sis tak perlu minum air sebelum tidur tau, sebab nanti tidur tak perlu terjaga nak pergi toilet.
Sis boleh pergi berurut untuk rasa lagi tenang dan segar. Boleh juga mandi dengan rendaman air suam campur dengan beberapa titik minyak aromaterapi, sebelum sis masuk tidur.

MINUM AIR YANG CUKUP

Punca utama letih ni adalah kurang air dalam badan. Sis perlu minum air yang cukup at least 3L setiap hari. Untuk kelainan, sis boleh minum jus buah atau teh tanpa gula. Bagus juga sis makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk tambah kandungan air dalam badan.

MAKAN SEDIKIT TAPI KERAP

Masa mengandung ni tak perlu lah nak makan untuk 2 orang. Heheh tu alasan je. Paling bagus sis boleh kerap makan macam 6-8 kali sehari. Tapi setiap kali makan tu tak perlu banyak, sedikit dah memadai.

HIRUP UDARA SEGAR

Sis boleh keluar berjalan kat taman untuk dapat udara yang lagi segar. Jalan terlalu lama duduk dalam rumah atau ofis.

SEMAK BALIK JADUAL HARIAN

Masa mengandung ni mungkin tenaga kita agak terbatas, tak macam sebelum mengandung. Jadi sis boleh bincang dengan majikan untuk kurangkan kerja. Dekat rumah pun, sis boleh minta tolong hasben dan anak-anak untuk bantu buat kerja rumah.

AMALKAN MOMIZ

Ibu-ibu kena tahu, kalau ikut je letih tu, baby dalam kandungan tu bole kekurangan zat dan oksigen. Sebab tak dapat cukup khasiat dan oksigen dari ibu.. Kekurangan zat dan oksigen ni boleh ganggu kadar pertumbuhan baby. Perkembangan otak baby pun tak normal.

Tapi ibu jangan risau, ibu2 bole cuba amalkan #MOMIZ iaitu gabungan makanan sunnah iaitu habatussauda dan minyak zaitun.. mmg bagus untuk tambah tenaga ibu-ibu

Amalkan Momiz setiap pagi. 2 biji soft gel bersama air suam. Memang elok sesangat. Badan segar, darah elok, bdn tak lenguh walau tgh sarat pregnant.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *