loader image

7 PETUA MUDAH hilangkan SELSEMA BAYI tanpa perlu ke klinik. Ibu-ibu WAJIB baca!!

7 PETUA MUDAH hilangkan SELSEMA BAYI tanpa perlu ke klinik. Ibu-ibu WAJIB baca!!

Baby baru usia 3 bulan. Ada masalah SELSEMA? Nafas berbunyi, hidung tersumbat.. malam2 asik merengek ja.. kan bagus kalau ada petua yang MUJARAB tanpa guna ubat klinik.. baca ni sampai abes.. Petua NO. 5 tu PALING MUDAH..!

1. GUNAKAN KUNYIT HIDUP

Petua ni Kak Ira belajar dari mak mertua kat kampung. Mommies jangan la guna serbuk kunyit beli kat Mydin tu, confirm tak jadi punya… Tumbuk kunyit hidup, sebaiknya ibu kunyit. Sapukan ke batang hidung dan dahi si manja. Dlm masa 2 hari dah boleh nampak kahak tu berkurang.

Kunyit lebih tu, jangan la buang ek.. boleh guna wat masak. Tak baik membazir..


2. BAWANG PUTIH

Bakarkan bawang putih seketika dan campurkan bawang putih yang telah dibakar dgn sedikit lada hitam dan minyak masak. Sapukan ke dada anak. Elakkan dari pakai baju sehingga bahan tu menyerap dan kering di dada anak.

3. DAUN KADUK

Daun kaduk ni memang sedap kalau buat ulam. Elok utk darah tinggi dan penyakit gout. Selain tu, boleh juga guna utk rawat selsema bayi. 

Ramas daun kaduk dengan kapur sirih dan sapukan pada dada dan perut anak. Kaedah ni juga boleh bantu turunkan susu badan anak kalau tgh demam.

4. PUCUK UBI

Pucuk ubi juga sejenis ulaman yg biasa kita dapat di kampung. Byg juga dijual di Pasar Tani atau Pasar Borong. 

Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur sirih dan ramaskan sehingga keluar air. ambil air itu dan sapukan ke leher dan dada anak.

5. GULA MELAKA

Petua ni pun ramai yg tak tau sebenarnya. Gula melaka dibuat daripada Nira Kelapa yang dimasak. Memang byk khasiatnya. 

Pecahkan gula melaka kpd bahagian kecil seperti gula-gula dan berikan kepada anak anda utk dimakan.

6. KISMIS

Sekiranya bayi sudah besar sedikit dan mempunyai gigi, kaedah ni amat bagus sekali. Anak sudah boleh mengunyah. Berikan dia makan kismis. Bagi dalam bilangan ganjil samada 5, 7 atau 9 biji kismis utk dimakan. Bagus juga bagi perkembangan otak si manja.

7. GUNAKAN MAMZ, SEMBURAN HABBATUS SAUDA

Ini lah petua paling MUDAH antara semua. Sembur Mamz ni kt tapak tangan dan sapu ke bawah hidung, leher, dada dan belakang badan. Mamz ni 100% habbatus sauda, jadi memang tak runsing, confirm selamat dan suci. Tambah lg ada kelulusan KKM, ni paling penting. 

Mommies jangan la dok selalu sangat bagi ubat klinik kt baby. Kesan sampingan kita tak nampak sekarang, dah besar besok baru nampak. Anak lemah, mudah kena penyakit, antibodi pun tak kuat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *