loader image

“SUSAH KE NAK BAGI ANAK MINUM AIR MASAK?”

Kak Ira rasa ramai ibu2 yang rasa susah sangat nak bagi anak minum air masak. Kalau air yg bergula tu laju je mintak. Sedangkan kita tau air bergula ni belum tentu elok untuk anak kecil, ditambah dengan pelbagai pewarna dan perisa tiruan. Kak Ira nak share tips yang rasanya elok sgt kita sebagai ibu kena tau..paling senang rasanya tips No. 5 tu.. baca ya?

1. Sediakan botol air khusus untuk setiap seorang

Sediakan botol air khusus untuk setiap anak-anak tak kira semasa keluar berjalan-jalan, sekolah atau ke mana sahaja. Cara ini lebih memudahkan anak dan apabila mereka nak minum air dah tersedia. Tak perlu lagi nak berhenti atau mencari kedai untuk membeli air. Ingat, terus berikan air semasa mereka minta. Jika lewat mungkin mereka dah tak nak lagi. 

2. Sediakan botol air, cawan ataupun bekas minuman yang pelbagai dan menarik

Sebagai ibu kita jangan jemu cari dan beli bekas minuman yang anak suka, praktikal dan dia rasa selesa nak minum. Cara ini dapat memberi tarikan pada anak. Jika anak suka Captain America apa salahnya cari botol yang ada gambar Captain America. Itu lagi memberi semangat pada anak. Setiap anak kena ada satu botol air sendiri dan mempunyai gambar karakter yang mereka suka. Ini lebih memberi semangat kepada mereka, ada rasa berlumba2 nak minum air sebab abang atau adik dah abeskan air mereka dahulu.

3. Buat jus buah-buahan

Anak-anak ni pun pandai rasa bosan. Bila makin besar pandai pula minta macam-macam. Nak-nak yang ada warna menarik, sejuk dan rasa pun sedap. Jadi ibu boleh buatkan jus buah-buahan ataupun minuman sendiri. Bukan je ada vitamin dan mineral tapi kaya dengan serat juga. Cara ini sesuai untuk anak-anak yang cerewet susah nak makan ataupun sembelit. Dan berkesan dengan keadaan cuaca panas dan nak anak minum banyak air.

4. Hidangkan koktail buah-buahan

Ini langkah yang bagus terutama untuk anak-anak yang tak suka ataupun susah sangat nak minum air. So kita sediakan buah-buahan macam tembikai, pear, jambu air, tembikai susu, oren anggur atau lain-lain. Sebab buah-buahan ni mengandungi kandungan air yang tinggi. Potong dadu dan masukkan dalam air. Bila dia nak kaut buah tu sekurang-kurangnya terpaksa minum sikit air dalam gelas tu. Ataupun buat sup yang sedap untuk dihirup. Nak pelbagaikan lagi boleh buat jelly atau puding. Ikut kreativiti.

5. Jadi Role Model

Nak anak minum air tapi mak ayahnya susah sangat nak minum air. Pernah beberapa kali saya jumpa ada orang tu kata memang tak lalu minum air kosong. Nak anak minum air masak sebagai mak ayah kita kena jadi role model. Setiap kali pada waktu tertentu bila kita minum ingatkan diorang juga minum air. Apa kata jadikan amalan setiap kali nak keluar jalan2, bawa bekal air masak. Minum depan anak, bagi mereka tengok. Pasti anak akan mengikut kita.

Latih anak-anak amalkan minum air masak atau air kosong mencukupi setiap hari sejak kecil supaya jadi kebiasaan. Kesihatan lebih baik dan gigi pun tak cepat rosak. 

LIKE PAGE INI www.facebook.com/MamzOfficialHQ untuk dapat banyak lg tips dan SHARE jika rasa artikel ni bermanfaat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *