loader image

KESILAPAN SEMASA MEMBANCUH SUSU ANAK!

KESILAPAN SEMASA MEMBANCUH SUSU ANAK

Bagaimana cara yang betul??

Tahu kah anda bahawa sangat ramai ibu yang membuat kesilapan semasa membancuh susu? Akibatnya susu formula untuk anak menjadi kurang khasiatnya atau sekadar mengenyangkan perut anak saja. Habis nutrien rosak..tak guna beli susu mahal sampai RM80 setin… 😂 😂


Kenapa saya berkata begitu? 
Kerana ramai ibu yang menuangkan air panas secara terus ke dalam bancuhan susu formula itu. 

Confirmla kena guna air panas nak bancuh susu..kan !!??

Taukah anda air panas pada suhu 80 darjah Celcius (air panas menggelegak ialah 100 darjah Celcius) boleh menyebabkan vitamin dalam susu tadi rosak dan hilang?

Jadi mcm mana nak kekalkan vitamin dan nutrien dalam susu formula tadi? 😉 

INGAT!! Jangan letak susu dahulu dan terus masukkan air panas ke dalam bancuhan tadi.

Ikuti langkah-langkah ini untuk membancuh susu; ☟

1. Tuangkan air masak atau air mineral terlebih dahulu ke dalam botol susu.
2. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit sehingga air itu menjadi suam.
3. Masukkan susu formula mengikut sukatan susu yang diberikan menggunakan scoop yang dibekalkan.
4. Kemudian tutup botol susu. Goncang sehingga susu larut.
5. Akhir sekali pastikan uji dahulu susu dengan menitiskan susu di belakang tapak tangan. Pastikan susu itu suam sahaja dan tidak panas sebelum diberikan kepada bayi.
6. Pastikan sukatan air masak lebih banyak berbanding air panas. Contohnya 5oz air masak bagi 1oz air panas.

Walau apapun susu formula yang anda gunakan, susu ibu masih susu terbaik bagi bayi. Jika ada peluang, susukan lah anak sehingga berusia 2 tahun. Jika tidak berpeluang, pastikan khasiat susu formula yang diberikan tidak hilang akibat kesilapan kita semasa membancuh susu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *