loader image

5 TIPS BALIK KAMPUNG BERSAMA MAMZ!

Sebelum balik raya kali ni cuba buat 5 tips yang Kak Ira cadangkan ini supaya perjalanan mommies sekeluarga lebih seronok.

1. Servis kenderaan

Tak kisahlah mommies balik kampung naik apa. Kereta atau motor pastikan dah servis untuk tengok tayar selamat tak nak jalan jauh. Minyak hitam dan sebagainya dah siap tukar. Tak mahulah kereta meragam tengah jalan nanti. Keselamatan no 1 okay.

Kalau ada yang balik naik flight, bas atau keretapi pastikan tiket dah beli siap-siap. Beli cukup tiket untuk ahli keluarga. Kalau perlu beli makanan atau tambahan beg beli siap-siap.

2. Balik kampung mana dulu

Kalau ada mommies yang berjaya ikut giliran setiap tahun baguslah. Kalau ada yang masih berperang ikutlah mana yang lebih utama. Contohnya belah mana yang ada mak ayah dulu. Belah mana yang dah lama tak balik.

Mungkin puasa ni boleh balik kampung yang dekat dulu kan. Penat-penat puasa janganlah tambah dosa akhir Ramadhan nanti. Lagipun malulah anak-anak tengok.

3. Kudapan dan Jajan

Semasa dalam perjalanan, adalah sangat penting untuk membawa bekalan kudapan untuk ibu bapa dan juga anak-anak.Makanan berat atau ringan, itu terpulang kepada cita rasa dan diet masing-masing. Yang penting, ada makanan yang sekeluarga suka makan untuk mengurangkan rasa bosan dan menenangkan mood mereka semasa perjalanan. Bayangkan, mereka mesti rasa bosan setelah beberapa jam duduk dalam car seat!
Idea makanan yang boleh disediakan adalah seperti buah-buahan, nasi goreng, mee hoon goreng dan sebagainya. Makanan ini bolehlah diasingkan dalam bekas masing-masing untuk memudahkan memakan dalam kereta.

4. Cukup tidur

Sebenarnya tidur yang cukup je tak cukup. Tidur mestilah berkualiti iaitu tidak terjaga-jaga. Bila bangun rasa segar je.

Tidur yang cukup bukan untuk daddy yang memandu je, tapi untuk mommies dan anak-anak juga supaya semua rasa positif dalam menempuh sebarang kemungkinan dalam perjalanan.

5. Jangan lupa bawa MAMZ bersama anda

Sebelum memulakan perjalanan pastikan mommies jangan lupa bawa segala keperluan si manja. Perjalanan jauh dengan cuaca yang tidak menentu ni kadang-kadang anak mudah terkena batuk atau selesema.

Jika dibiarkan anak akan jadi tidak selesa. Jadi, sebab itu lah mommies daddy wajib standby Mamz dalam beg anak-anak. Kira dah lengkap untuk keperluan kesihatan si manja. Bukan apa kesihatan anak-anak ni kita tak boleh jangkakan. Andai tiba-tiba anak tak sihat, selesema ke batuk ke, mommies boleh spray dan sapu-sapu jer terus. Senang kan?

#Mamz
#PenawarBatukDanSelesema

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *