loader image

BAYI ANDA SUSAH NAK TIDUR LENA?

Masalah susah nak tidur ni biasanya terjadi pada baby yang yang berumur lebih daripada 6 bulan. Mesti dah jadi perkara biasa untuk mommies dengan daddies untuk bangun tengah malam disebabkan baby meragam kan? Memang susah nak sesuaikan diri dengan keadaan ni terutamanya buat pasangan yang baru menjadi ibu dan ayah. Tapi ada cara yang sesuai tau boleh dipraktikkan untuk untuk ubah keadaan ni.

So, hari ni Kak Ira nak share apa penyebab dan cara nak mengatasi masalah tidur lena terutamanya pada
waktu malam. Kalau berjaya dibuat, mommies dan daddies bukan je boleh dapat rehat yang cukup, tapi juga boleh bagi tidur yang berkualiti untuk baby.

1.  Jadual tidur bayi dah lari dalam tempoh 24jam

Baby ada kemungkinan susah nak tidur malam sebab waktu baby bangun setiap pagi tak selari. Penggunaan lampu terutamanya lampu berwarna biru akan menyukarkan lagi proses untuk baby tidur.

Apa ibu bapa perlu buat ialah kena pastikan baby bangun pada waktu yang konsisten pada setiap pagi. Selain tu, kena juga make sure baby involve dalam kesibukan aktiviti sebab ia dapat membantu body clock berfungsi dengan betul.

2. Kemungkinan bayi anda lapar.

Baby memang cepat lapar. Kalau lapar, memang susah nak tidur bukan saja bayi tapi orang dewasa pun sama kan? Mungkin tak banyak yang mommies dan daddies boleh buat kalau baby lapar sebab mereka memang akan perlu makan dengan banyak.

Mengikut kajian, untuk atasi masalah ini parents perlu beri makanan berat pada baby diantara jam
10malam hingga tengah malam. Mommies atau daddies boleh tukar lampin baby dulu sebelum berikan makanan. Jika baby masih terbangun, elakkan bagi mereka makan secara terus dan tunggu sekejap sebelum berikan makanan.

3. Masa dan rutin tidur yang tak sekata

Masa tidur yang tetap akan buatkan anak tidur lebih lama pada waktu malam. Untuk cukup masa, maka rutin perlu la diwujudkan. Mommies dan daddies kena perkenalkan rutin tidur untuk atasi masalah baby susah nak tidur. Membentuk rutin ni penting tau supaya baby dapat tidur dan bangun pada waktu yang sepatutnya. Kalau aturan masa tu lari, perkara itu akan menyebabkan masalah susah tidur ni mudah sangat akan jadi secara berulang.

4. Bayi tidur terlalu awal atau terlalu lewat.

Bila baby akan tidur? Susah nak tentukan sebab baby ni selalu tidur ikut suka dia je. Ibu bapa yang memaksa baby untuk tidur walaupun dia tak mengantuk atau biar mereka tidur terlalu lewat, akan hasilkan kesan jangka masa pendek dan panjang.

Jadi cara untuk atasi masalah ni mommies dan daddies perlu check tanda-tanda jika baby
penat dan kaji cara tidur untuk bayi sihat. Guna teknik seperti dan urutan dan penceritaan yang sesuai jika ibu bapa nak bayi tidur tepat pada masanya. Bayi memang ada pattern tidur yang ibu bapa tak dapat nak jangka. Tapi dengan ilmu dan perancangan yang tepat, isu bayi susah untuk tidur lena dan kerap terbangun ni boleh diatasi.

5 Tenangkan bayi anda dengan Mamz.

Penting tau untuk pastikan baby tenang sebelum ibu bapa bawa mereka untuk tidur. Kadang-kadang ibu bapa terlalu bersemangat untuk bawa baby tidur dengan bercakap dan bermain dengan mereka untuk memujuk tidur. Keadaan ni akan buatkan sistem baby akan lebih alert dan lagi menyukarkan mereka untuk tidur dan mudah terjaga.

Mommies dan baby perlu lebih santai ketika bersembang dengan baby. Elakkan memberi telefon atau ipad kepada baby sebelum mereka tidur tau. Ini sangat penting tau sebab lampu biru daripada telefon akan sukarkan baby tidur dan susah nak dapatkan tidur yang nyenyak. Dengan penggunaan minyak sapuan yang sesuai seperti Mamz ia juga dapat bantu bukan saja menenangkan, malah memberi bayi tidur yang lena. Selamat amalkan demi kebaikan bayi anda, okay?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *