fbpx

HENTIKAN BAYI MENANGIS DENGAN TEKNIK 5S!

HENTIKAN BAYI MENANGIS DENGAN TEKNIK 5S!

HENTIKAN BAYI MENANGIS DENGAN TEKNIK 5S!

Tidak cukup tidur merupakan perkara biasa bagi mereka yang bergelar ibu ayah. Anak kecil yang selalu meragam dan menangis pada waktu malam cukup meresahkan ibu ayah. Jadi, Kak Ira nak share siket teknik praktikal untuk hentikan bayi menangis melalui Teknik 5s dari Dr Harvey Karp, pakar pediatrik.

1. SWADDLING (MEMBEDUNG)

Melalui cara swaddling atau membedung, kita perlu membalut bayi dengan selimut nipis dan memastikan tangannya berada di sisi badannya dan dibalut kemas. Bedung perlu dilakukan dengan cara yang betul dan perlu
dilakukan sebeum waktu tidur.

Cara yag betul membolehkan bayi menggerakkan kaki dan mengelakkan tangannya daripada bergerak bebas. Selain itu, bayi yang dibedung juga perlu dibaringkan secara menelentang. Balutan juga perlu kemas dan ketat bagi mengelakkan balutan longgar dan mudah tercabut serta dikhuatiri akan meningkatkan risiko bayi lemas.

2. STOMACH/SIDE POSITION (BERBARING SECARA MENIARAP/MENGIRING)

S yang kedua ialah side position di mana ibu ayah perlu membaringkan bayi secara meniarap atau mengiring. Kemudian, tepuk dengan lembut bahagian belakang atau sisi bayi.Namun begitu, ibu ayah tidak boleh meninggalkan bayi tidur bersendirian semasa membuat teknik ‘S’ yang kedua ini.

3. SHUSH (MEMBUAT BUNYI BISING/WHITE NOISE)

Teknik seterusnya yang ibu ayah boleh gunakan ialah membuat bunyi ‘shuuhh’. Bilik yang terlalu sunyi sebenarnya tidak akan dapat menenangkan bayi yang sedang merengek. Semasa berada dalam kandungan, mereka sudah biasa dengan bunyi bising. Oleh sebab itu, ibu ayah perlu membuat white noise.

Buat bunyi “shuushhh” dengan kuat di telinga bayi ketika dia menangis dan perlahankan suara anda apabila dia mula tenang. Teruskan membuat teknik bunyi ini sehingga anak anda terlena.

4. SWING (MEMBUAI)

Teknik ini sebenarnya antara teknik terbaik untuk hentikan bayi menangis. Dukung bayi dan gerakkan badan anda ke depan dan belakang atau ke kiri dan kanan dengan perlahan sehinggalah bayi tenang dan terlena.

5. SUCK (MENGHISAP)

Teknik suck ialah kaedah memberi puting (pacifier) atau membiarkan bayi menghisap jari.

Pergerakan mulut bayi ketika menghisap dapat memberikan rasa selesa dan boleh menghentikan tangisan serta menggalakkan bayi anda untuk tidur lena.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Enter your keyword