loader image

MANDIKAN ANAK KETIKA DEMAM BOLEH NAIKKAN SUHU BADAN? INI PENJELASAN DOKTOR!

“Alamak.. panas sangat badan si kecil ni.. perlu ke mandikan untuk kurangkan panasnya ya..?”

Bila suhu badan anak mula meningkat, anak pun mula merengek kerana tidak selesa. Jadi, para ibu pun mula runsing kerana hal-hal lain tertunggak akibat menjaga anak yang demam. Ramai ibu akan memandikan anak untuk turunkan suhu badan mereka. Jadi, doktor ini jelaskan adakah perlu ibu bapa mandikan anak semasa demam.

BOLEH TAK ANAK SAYA MANDI MASA DEMAM?

Doktor.. Boleh tak anak saya mandi masa demam? Ya atau tidak?? Jeng jeng jeng…..jom baca perkongsian dari Dr. Abdul Rahim.

KESILAPAN YANG DILAKUKAN

Menggunakan air sejuk, air ais, atau ketul sebab hal ni bukannya menurunkan suhu tubuh tapi meningkatkan lagi suhu badan, kerana air yang dingin menyebabkan pembuluh darah di kulit mengecut sehingga panas yang dibawa darah ke kulit terhalang.

Apatah lagi bila demam ada yang suruh mandikan anak dengan air sejuk. Kesian si anak lagi menggigil serta lagi naik demamnya. Jika emak ayah demam, cuba terus mandi air sejuk. Pijak lantai bilik air pun dah menggeletar apatah lagi mandi air sejuk.

Hindari menyelimuti si comel yang demam atau memakaikan baju yang tebal seperti jaket atau pakaian ketat yang dapat meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yang tipis & longgar, yang dapat menyerap peluh sehingga suhu badan si comel menurun ke mormal.

APA PERLU BUAT

Jadi apa yg perlu kita buat bila anak demam? Masa demam, paksa badan anak kita mengeluarkan cairan lebih banyak seperti PELUH dan KENCING. Maka rajin-rajinlah menyusu atau beri air yang banyak kepada bayi anda untuk elak dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi maka lagi banyak cairan keluar melalui urin yang juga menolong menurunkan suhu badan yang panas!

Kalau nak dimandikan juga bayi/kanak-kanak yang panas dibolehkan tapi air yang digunakan harus air yang hangat suam, jangan air sejuk. Dengan begitu tubuh jadi segar & nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dengan kain tuala & terus cepat tutup badan dengan pakaian.

Anak tak perlu makan ubat jika ia demam tapi boleh main, makan minum seperti biasa. Hanya perlu kera jeram jelum anggota badannya dengan air panas suam supaya dapat turunkan suhu badan secara semulajadi.

BERI UBAT JIKA SUHU LEBIH 38C

Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dari 38 C. Kalau bayi/anak demam berpanjangan lebih 2 hari dan kelihatan lesu, hilang selera makan minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit, ini tanda infeksi kuman/virus tak dapat dilawan.

Segeralah bawa ke doktor. Doktor akan siasat punca panas dan infeksi tersebut. Mungkin antibiotik diperlukan. Gunakan kain tuala kecil di basahkan dengan air panas suam (Tapid Sponging) lalu diletak di dahi, perut,leher, ketiak & celah paha. Air hangat suam ini bantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori-pori & mudah mengeluarkan panas dari dalam tubuh.

Nasihat doktor. Segera rawat DEMAM ANAK ANDA. ELAK daripada SAWAN PANAS TARIK “Febrile Fit”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *