fbpx

“PERNAH GAGAL DALAM PERNIAGAAN, BANGKIT MENJADI USAHAWAN MAMZ”

“PERNAH GAGAL DALAM PERNIAGAAN, BANGKIT MENJADI USAHAWAN MAMZ”

“PERNAH GAGAL DALAM PERNIAGAAN, BANGKIT MENJADI USAHAWAN MAMZ”

Pada suatu hari, terdetik dalam hati saya. Nak meniaga online, nak jadi dropship tapi tak tahu nak join dropship apa Nak bantu suami, nak pegang duit sendiri, nak beri ibu ayah duit, nak bantu adik adik yang masih belajar dan sekolah. Macam macam ada didalam kotak fikiran saya. Macam mana nak jana income macam saya niaga dulu ?

Bermulalah ceritanya disini, bila baby lahir memang gunakan Mamz sebagai minyak telon untuk baby kerana mak cik saya suggestkan Mamz ni supaya guna untuk baby, katanya nanti baby tak kembung. Bila lihat baby ok guna Mamz, lagi lagi dapat rawat masalah sembelit dia, saya tergerak hati untuk stalk fb Mamz Hq . Suka tengok feedback, rupanya macam macam kebaikkan Mamz ni yang saya tak tahu. Setiap hari mesti stalk page Mamz Hq, happy dan suka sangat lihat feedback yang positif.

Satu hari ditakdirkan Allah, salah seorang kawan rapat saya wassap dan cerita mengenai anaknya yang pernah kena warded akibat jangkitan kuman dalam paru paru. Warded dah 2 kali . Saya pun suggestkan dia minyak Mamz ni . Lepas tu terdetik di dalam hati “Why not tak cuba je jual Mamz ni, macam best je”. Tak tangguh lagi, terus wassap mak cik saya nak join jadi dropship.

23 Ogos 2019 bermulalah saya menjadi dropship Mamz . Jadi dropship je dah boleh buat jualan. Rasa best sangat, rasa sedih kecewa sedikit sedikit mula hilang. Saya mula bangkit perlahan lahan. Rasa seronok pula dapat tolong ramai orang kerana ramai pengguna yang share feedback positif pada saya.

Bila saya rasa Mamz ni memang banyak permintaan dari ibu ibu diluar sana, pada 26 September 2019 saya terus upgrade jadi agent Mamz . Alhamdulillah selepas join Team Mamz ni memang rezeki tak pernah putus, walaupun sedikit mesti akan masuk juga rezekinya.

Saya mula jadi redha dengan segala gala yang saya telah hilang, selepas saya kenal dengan Mamz, berjaya buat jualan, bila dah nampak peningkatan dalam jualan, selalu dengar sharing yang positif dari founder, selalu lihat rakan rakan hebat yang dah berjaya, memang automatik aura positif itu datang sendiri dalam diri.

Saya mula jadi yakin untuk lebih kedepan apabila , Founder dan rakan rakan Team Mamz yang lain mula mengenali saya dan mereka sangat sangat supportive dalam membantu buat jualan.

Satu hari tu, Founder Mamz ada share mengenai beberapa orang akan terpilih sebagai “Mamz Premium Partner” . Masa tu dalam hati berkata ” Hai teringinnya, tapi memang tak akan dapat la, jualan pun ciput je”

Moment yang paling indah apabila suatu hari tu memang saya bertuah kerana terpilih untuk join group “Mamz Premium Partner” yang memang saya sendiri tak sangka. Tak sangka diri yang begitu kerdil ini dipandang oleh Team Mamz yang hebat hebat waktu itu .

Syukur yang tak terhingga, happy sangat bagitahu suami masa itu. Alhamdulillah masa itu saya dah mula redha sepenuhnya. Saya didik hati supaya lebih positif dan muhasabah diri.

“Mungkin ini yang telah ditakdirkan untuk diriku. Mungkin ini rezeki yang terbaik untuk diriku, inilah yang Allah telah aturkan untuk hidupku. Sesungguhnya Allah adalah sebaik baik perancang”

Rezeki dengan Mamz tak pernah putus, rezeki nak bantu orang tak pernah putus, rezeki nak kenalkan kebaikkan Mamz juga tak pernah putus. Alhamdulillah Allah izinkan dan makbulkan.

Terima Kasih Mamz,
Terima Kasih En Zulkifli,
Terima Kasih rakan rakan Team Mamz,
Terima Kasih Suami,
Terima Kasih Ummi dan Ayah.

Coretan moment terindah saya bersama Mamz 💘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

SELAMAT HARI RAYA, DUDUK DI RUMAH TAU! BERSAMA PERANGI COVID 19! #KITAJAGAKITA. NAK TAHU PROMO SKRG?KLIK DISINI

Enter your keyword