loader image

PUNCA KULIT BAYI MENJADI KERING SELEPAS LAHIR

Sebelum anda menyapu losyen ataupun krim pada kulit bayi anda yang baru lahir, anda patut mengetahui puncanya terlebih dahulu.

1. Kulit yang tipis

Kulit bayi, kalau dibandingkan dengan orang dewasa, adalah lebih sensitif. Ini adalah kerana kulit bayi selepas lahir adalah sangat nipis. Kadangkala disebabkan kulit bayi terlalu nipis, ia tidak dapat mengekalkan kelembapan kulit yang diperlukan. Oleh itu, kebanyakan bayi-bayi yang baru lahir mengalami masalah ini.

2. Suhu bilik

Sekiranya kelembapan udara sekitar bayi sentiasa berada dalam keadaan yang kering, kulit bayi boleh menjadi kering juga. Terutamanya bayi yang sentiasa berada dalam bilik berhawa dingin. Bilik yang terlampau panas juga akan menyebabkan kulit bayi mengelupas.

3. Pakaian bayi yang ketat

Kalau cuaca terlalu panas, janganlah gunakan pakaian yang terlalu ketat untuk bayi. Walaupun memang difahami kebanyakan ibubapa khuatir pasal selsema dan batuk tetapi ini bukan caranya. Untuk kulit bayi yang kering dan sensitif, biar pakaian longgar sedikit.

4. Produk dobi

Sesetengah produk dobi untuk membersihkan baju bayi mengandungi parfum boleh menganggu kulit bayi. Sekiranya boleh, gunakan produk yang tidak mengandungi bahan pewangi. Baju bayi patut dibilas sekurang-kurangnya 2 kali supaya tiada bahan pencuci yang tertinggal.

5. Sabun mandi kuat.

Walaupun terdapat pelbagai jenama sabun di pasaran untuk bayi, anda patut was was ketika membuat pembelian. Baca terlebih dahulu kandungan sabun tersebut sebelum menggunakannya.

6. Susu tidak mencukupi.

Ibu-ibu di Malaysia, malah di seluruh dunia disarankan supaya menyusu bayi-bayi mereka. Sekiranya kadar penyusuan tidak memuaskan, kulit bayi boleh kering juga.
Penyusuan bayi patut dilakukan sekerap yang mungkin, dan tidak melebihi 3 jam untuk setiap penyusuan. Salah satu cara muntuk mengetahui sama ada bayi mendapat susu yang mencukupi adalah mmengira lampin yang ditukar. Kadar penukaran lampin yang basah untuk 6-8 kali sehari menunjukkan bahawa anak anda mmendapat susu yang diperlukan.

Nak kekalkan kelembapan kulit bayi?

Setelah mandi, lap kering badan bayi dan sapukan nipis Mamz ke seluruh badan. Kulit bayi akan terpelihara dan lebih lembab dengan bahan semulajadi yang menyerap ke dalam kulit.

Produk Mamz adalah 100% menggunakan bahan natural yang bebas kimia. Dijamin selamat untuk bayi. Lulus KKM dan boleh digunakan tanpa was was.

#Mamz
#PenawarSELSEMABERKAHAKBayiNo1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *