fbpx

RANGSANGAN SENTUHAN BAYI

RANGSANGAN SENTUHAN BAYI

RANGSANGAN SENTUHAN BAYI

Amalan mengurut bayi memang sudah menjadi adat dalam kalangan setengah bangsa seperti orang India. Mungkin ini satu penyebab orang2 india bijak mathematics dan berbicara.

Banyak khasiat dan kebaikan amalan mengurut bayi sejak daripada lahir. Malangnya kebanyakan ibu tidak mahir ataupun takut-takut untuk melakukanya. Berikut adalah manfaat mengurut bayi,

1. Dengan sentuhan mesra dan penuh kasih sayang amalan mengurut bayi merapatkan hubungan bayi dengan ibu bapa.

2. Sentuhan waktu mengurut merangsang aktiviti otak khususnya meningkatkan kecerdasan dan kekhusyukan/konsentrasi/attentiveness.

3. Sentuhan mempercepatkan proses myelination jalur-jalur axon pada dendrites dalam otak dan mempercepatkan perkembangan pertuturan bahasa.

4. Mengurut bayi meningkatkan aliran darah kepada semua organ dan bahagian tubuh badan. Dengan itu ia juga meningkatkan bekalan oksigen dan makanan khusunya kepada sel-sel otak dan seterusnya memudahkan bayi dalam aktiviti pembelajaran.

5. Mengurut bayi meningkatkan perkembangan neuro dan tonus otot-otot. Ia juga meningkatkan hormon-hormon yang baik sambul mengurangkan hormon cortisol (yang menyebabkan stress).
6. Mengurut bayi melegakan kembung perut, sakit colic dan sembelit pada bayi serta melenakan tidur.

Dalam kalangan orang Melayu amalan ini dijadikan amalan rutin dan dilakukan oleh ibunya sendiri. Lumurkan badan bayi dengan minyak kelapa dara, minyak zaiton dan minyak bijan. Urut dengan minyak, minyak akan diserap dan berguna untuk pembinaan otak dan minda. Ermmm, Nak lagi mudah jgn lupa guna minyak habbatusauda #Mamz🤱

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Enter your keyword