loader image

TEKNIK URUTAN REFLEKSOLOGI UNTUK REDAKAN SELSEMA, HINGUS MELELEH DAN HIDUNG TERSUMBAT

Selsema diikuti dengan hingus meleleh dan tersumbat merupakan situasi yang paling tidak selesa. Tambah pula kalau berlaku kepada anak-anak yang masih kecil kerana mereka masih tidak tahu untuk berhadapan dengan situasi ini. Walaupun pelbagai petua secara DIY telah dicuba, masih tidak sembuh selsema tersebut.

Jadi, ibu ini berkongsikan teknik urutan yang anda boleh cuba untuk meredakan selsema, hingus meleleh dan hidung tersumbat. Selamat mencuba!

URUTAN MEREDAKAN SELESEMA, HINGUS MELELEH & HIDUNG TERSUMBAT

 

Kali ni saya nak share cara urutan refleksologi untuk meredakan selesema, masalah hingus meleleh & hidung tersumbat lak. Saya bukan profesional ye, saya hanya tunjukkan point yang saya selalu gunakan & setakat ni alhamdulillah memang berkesan pada saya sekeluarga.

Saya nak terangkan sikit supaya jelas, urutan refleksologi/acupressure ni bukannya macam ubat, urut sekali jer boleh terus sembuh. Keberkesanan urutan refleksologi ni dapat dilihat kalau urut secara konsisten (walaupun bagi sesetengah kes, kesan urutan refleksologi dah nampak lepas pertama kali urut). Urutan refleksologi berfungsi lancarkan peredaran darah, buang toksin, mengekalkan keseimbangan sistem badan & merangsang mekanisma pemulihan tubuh badan secara semulajadi. Tubuh perlukan rangsangan secara konsisten & perlukan masa gak untuk bertindakbalas.

Mungkin ada yang tak baca posting saya sebelum ni tentang urutan melegakan batuk. Jadi saya tuliskan sekali lagi tip mengurut terutamanya untuk urut anak kecil.

TIP MENGURUT

-Kalau boleh, mak-mak cari setiap point yang saya tunjukkan ni pada diri sendiri dahulu supaya lebih mudah faham. Bila dah tahu kedudukan setiap point, lebih mudah nak urut/picit anak nanti.

-Sebelum urut, sebaik-baiknya sapukan minyak pada kawasan nak diurut untuk memudahkan proses urutan. Biasanya saya sapukan minyak bawang putih atau boleh juga gunakan vicks (boleh gunakan vicks baby balsam jika anak bawah 2 tahun).

-Jika anak baring, kedudukan kepala perlu ditinggikan sikit supaya saluran pernafasan tak terganggu/tersekat.

-Bayi setahun ke bawah, memadailah urut pada tapak kaki & tapak tangan je.

-Jika urut anak kecil/warga emas, JANGAN TEKAN/PICIT DENGAN TERLALU KUAT. Urut point gunakan hujung jari dimulai dengan perlahan & tambahkan sikit tekanan (sederhana kuat).

-Urut membulat selama 2-3 minit, kemudian tekan/picit je (tekan kuat sikit) dalam 3-5 saat lagi untuk rangsang refleks dalam tubuh badan.

-Perlu urut kedua-dua belah tapak tangan/kaki untuk organ yang mempunyai dua bahagian (contohnya paru-paru kanan & kiri)

-Buat urutan dengan kerap sekurang-kurannya 2-3x sehari untuk dapatkan kesan terbaik.

-Sebaik-baiknya lepas urut galakkan anak minum air untuk singkirkan toksin yang terhasil dalam badan

Point Untuk Redakan Selesema

Kalau anak dijangkiti selesema (terutamanya jika selesema berpanjangan), selalunya saya picit refleks point pada tapak tangan je. Tapi kalau selesema disertai hingus meleleh atau hidung tersumbat, saya memang wajib urut point² pada muka.

POINT DI TAPAK TANGAN

– Picit refleks point “pituitari” pada ibu jari untuk merangsang penghasilan endorfin yang berfungsi sebagai pain killer semulajadi dalam badan.

*point ni wajib picit kalau anak nampak lemah/selesema teruk sangat

– Picit refleks point “sinus” pada setiap jari

– Urut secara membulat pada refleks point “paru-paru” bagi melegakan kesukaran bernafas akibat selesema

– Picit “meridian paru-paru” sepanjang ibu jari hingga pergelangan tangan. Boleh juga diurut secara memanjang ke bawah

– Urut point D untuk meredakan selesema & tingkatkan sistem imun. Kedudukan point D – selepas bonggolan tulang pada pergelangan tangan & sedikit ke dalam.

POINT UNTUK HENTIKAN HINGUS MELELEH

Baru 2 minggu Fydh sembuh dari demam selesema, Khamis lepas dia dijangkiti selesema lagi. Masuk je pasaraya, Fydh tiba-tiba terbersin & hingus mula meleleh-meleleh. Dah habis 2 paket tisu baru teringat nak buat urutan pada point kat muka. Tak lama lepas urut, hingus dah kurang mengalir. Lepas 2-3x urut (selang 10-15 minit) hingus dah berhenti mengalir walaupun Fydh masih selesema lagi. Untuk hentikan hingus meleleh, biasanya saya urut 2 point ni je.

1. POINT A

• Hujung mata (sebelah dalam) berdekatan pangkal hidung.

• Melegakan selesema & juga sakit kepala akibat selesema

2. POINT B

• Tulang pipi pada sisi hidung (alae)

Point Untuk Redakan Hidung Tersumbat

Bulan lepas, saya kena serangan resdung yang teruk akibat alahan makanan. Mata jadi gatal, bersin nonstop & hidung lak jadi tersumbat sebelah. Kebetulan anak pun tak sihat masa tu, jadinya saya terlupa nak buat urutan untuk diri sendiri nak-nak asyik busy jer. Alhamdulillah kelmarin saya sempat buat urutan ni, hidung yang dah tersumbat lebih sebulan pun dah clear.. Tapi sebabkan lama sangat hidung tersumbat sebelum ni, lepas clear tu akan jadi sakit kepala beberapa jam. (sebab tu jangan biarkan hidung tersumbat lama-lama.)

Fydh ni, bila hingus dah berhenti meleleh, dia jadi hidung tersumbat lak. Untuk tau hidung anak tersumbat atau tak, boleh gunakan teknik gunakan sudu besi (tengok post saya yang lama). Kalau sikit je wap keluar dari lubang hidung, mungkin saluran pernafasan separa jer tersumbat, tapi kalau langsung takde wap bermakna saluran pernafasan tersumbat sepenuhnya & bahaya untuk anak kecil.

Urutan ni bukan setakat elok untuk hidung tersumbat tapi elok juga untuk clearkan rongga sinus/masalah resdung. Jika buat urutan ni pada anak, PASTIKAN ANAK MINUM AIR SECUKUPNYA SEMASA & SELEPAS BUAT URUTAN sebab masa urut tu, selalunya akan rasa mukus turun dalam saluran tekak & boleh menyebabkan gatal² tekak. Kalau mukus terlalu pekat, boleh juga menyebabkan rasa tak selesa & rasa nak muntah akibat lendiran melekat pada kerongkong (terutamanya anak kecil).

1.Point A

• Pada bahagian lengkungan mata, diantara tulang soket mata & tulang kening.

• Urut bahagian ni menghala ke luar & lurutkan sepanjang kening untuk clearkan sumbatan pada frontal sinus (salah satu punca hidung tersumbat)

2.Point B

• Tulang pipi pada pada sisi hidung (alae)

3.Point C

• Tulang pipi, selari dengan kedudukan anak mata.

• Urut bahagian ni untuk clearkan mukus pada bahagian maxillary sinus. (sumbatan pada rongga ini juga boleh menyebabkan hidung tersumbat)

Extra : Urutan Limfatik Pada Bahagian Muka

Boleh buat urutan limfatik ni untuk clearkan mukus pada rongga-rongga sinus. Kalau anak ada masalah resdung tu, memang elok sangatlah buat urutan ni. Yang takde masalah resdung pun, saya galakkan gak buat urutan ni untuk lancarkan sistem limfatik pada bahagian muka.

* Perlu diingatkan ye, urutan refleksologi/acupressure ni BUKAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT tapi sekadar kaedah alternatif untuk MENGURANGKAN SIMPTOM. Pastikan dapatkan rawatan doktor sekiranya perlu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *