“TAK PAYAH SERONOK SGT! JANGAN BUAT 5 BENDA NI PADA BAYI SEBELUM MASUK TIDUR..”
.
Momen sebelum menidurkan anak kadang-kadang boleh menjadi antara momen yang terindah dalam kehidupan ibu bapa. Namun, jangan sampai terlepas pandang dan terlampau seronok ketika menidurkan anak kerana perkara ini mungkin akan mengganggu kualiti tidur mereka nanti.
.
Sebagai panduan, ini adalah 5 perkara yang tidak digalakkan buat kepada anak yang masih kecil sebelum mereka tidur.
1. TERLALU BANYAK GELETEK DAN BERGURAU
Benda ni semua akan mengaktifkan sympathetic nervous system secara berlebihan. Tu yang bayi tu jadi susah nak tidur.
2 atau 3 jam sebelum tidur tu kita kena jadikan suasana sekeliling bayi tu senyap dan tenang. Barulah bayi kita tu jadi lebih mudah terlelap.
2. LUPA SENDAWAKAN BAYI SEBELUM TIDUR
Ibu bapa disyorkan sendawakan baby setiap kali lepas menyusu walaupun baby tu nampak tenang dan tak meragam sebab kita tak tahu berapa banyak udara yang terperangkap kat dalam perut baby kita tu.
Antara tanda baby kita mintak disendawakan adalah bila baby tu meragam lepas minum susu sebab udara yang ikut tertelan masa menyusu tu akan menyebabkan rasa penuh dan tak selesa pada bayi kita
Kita sendiri pun susah nak tidur kalau perut penuh angin kan. Apatah lagi bayi kecil.
3. WAKTU TIDUR SELALU BERTUKAR DAN TAK TETAP
Bayi seawal umur 12 minggu pun mula dipengaruhi oleh circadian rhythm. Circadian rhythm ni lebih kurang macam jam semulajadi yang ada dalam badan anak kita
Makin tak tentu waktu tidur anak kita ( irregular bedtime) makin kacau circadian rhythm anak kita tu. Kalau harini tidur pukul 10 malam, besok lusa pun kena tidur pada waktu yang sama. Baru lah anak kita mudah lelap.
4. BERGADUH DI DEPAN ANAK
Walaupun anak kita tak respon pun bila kita bergaduh dengan pasangan tetapi sentuhan kita dalam keadaan resah gelisah tu boleh dibaca oleh anak kita
Anak kita boleh tahu emosi kita melalui cara sentuhan dan nada suara kita. Kita nak jadikan anak kita setenang mungkin sebelum mereka tidur supaya tidur anak kita tu jadi lebih lena.
5. JANGAN LETAK BAYI DEPAN TV
Jangan letak anak depan TV sebelum nak tidur walaupun tengah ada rancangan CJ Wow Shop yang best!
Nanti anak jadi susah mengantuk sebab pendedahan pada cahaya daripada TV tu menyebabkan penghasilan hormon melatonin anak kita tu jadi kurang. Makin kurang hormon tu, makin tak mengantuk la anak kita
Jangan main-main dengan tidur kerana tidur yang tak lena dan berkualiti boleh efek perkembangan otak anak kita.
p/s : Jadikan minyak Mamz Spray sebagai minyak urutan utk bayi sebelum tidur. InsyaAllah, bayi akan dapat tidur yang lebih lena dan selesa tanpa gangguan pernafasan.