Bila tengok sahaja ruam di muka dan dada anak mesti kita rasa runsing kan? Anak pula baru usia 8 bulan, nak cakap pun tak boleh lagi. Paling membimbangkan kalau gatal, si comel akan mula menggaru, pantang kuku panjang sikit mula la garu. Kadang-kadang sampai berdarah. Kulit bayi terutamanya bayi yang baru lahir sangat sensitif.
Kak Ira nak kongsi petua menghilangkan masalah ruam di muka dan kulit bayi yang mungkin terjadi disebabkan oleh ruam panas, ruam susu atau ruam lampin.
Ruam boleh menyebabkan bayi anda merasa tidak selesa. Malah ada kalanya sangat mengganggu emosi mereka kerana terpaksa menahan gatal dan pedih terutamanya jika terjadi ruam di bahagian muka dan punggung. Bila gatal mulalah menggaru hingga luka dan pedih. Kesian nya.
Bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi yang bermasalah ruam di bahagian pipi, dinasihatkan agar membersihkan dan mengelap bahagian muka atau pipi bayi dengan kain lembap selepas menyusu untuk mengelakkan terjadinya ruam susu atau kurap susu. Ini penting untuk dibuat setiap kali selesai menyusu bagi mengelakkan ruam.
Kak Ira nak kongsi 5 petua tradisional Melayu yang boleh diamalkan bagi mengelakkan atau merawat ruam di muka atau badan baby ini. Cubalah. Insya Allah berkesan untuk anak.
1. Ambil kelapa yang sudah diparut. Letak dalam kain dan gosokkan atau tuam pada bahagian ruam. Sebaiknya gunakan kelapa yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda. Gunakan kelapa parut baru. Kat kedai runcit pun mudah nak beli sekarang.
2. Gunakan minyak zaitun, sapukan pada bahagian ruam. Sebaiknya sapu semasa baby tidur sebab minyak zaitun ni agak melekit, takut baby x selesa, menangis pula nanti.
3. Tepung ubi kayi juga dianggap penawar kepada masalah ruam bayi. Anda boleh sapukan tepung itu di tempat ruam dan biarkan sahaja. Jangan campur dengan air. Buat seperti anak pakai bedak. InsyaAllah ruam akan hilang jika diamalkan berterusan. Kaedah ini sesuai jika ruam tu di bahagian celah2 kaki atau ruam lampin.
4. Ada juga orang-orang tua kita gunakan kanji nasi. Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Sapu air kanji ini pada bahagian ruam semasa masih suam-suam kuku. Pastikan jangan sapu ketika masih panas ya.
5. Gunakan saja Mamz Spray. Spray ke tapak tangan ibu dan sapukan ke tempat ruam. Ini paling senang sebab boleh sapu ke mana2 bahagian badan sekalipun termasuklah bahagian muka atau pipi. Jika baby termasuk mulut atau hidung macam mana? Tak ada masalah, Mamz ni 100% dari Habbatus Sauda, kalau masuk mulut terus jadi ubat pula untuk selsema atau batuk. Memang Kak Ira sendiri guna Mamz Spray utk ketiga2 super hero Kak Ira tu, sejak baby sampai sekarang. Alhamdulilah, memang mujarab.
Tak salah untuk kita ikhtiarkan yang terbaik buat anda yang mengalami masalah ruam ini. Kak Ira memang nak bantu ibu2 kt luar sana yang ada anak kecil, bukan sahaja mempunyai masalah ruam, malah termasuk asma, resdung atau batuk selsema berterusan juga. Tanggungjawab sebagai ibu sangat mulia dan sangat besar demi memastikan anak-anak kita sihat sentiasa.