loader image

DAPAT BANTU TIDUR LENA, INI 7 KELEBIHAN DAN KHASIAT LABU UNTUK BAYI YANG IBU KENA TAHU.

Labu adalah antara makanan favourite yang akan tersenarai dalam diet bayi. Ia sesuai dijadikan puri, dilenyek kasar atau dibuat bubur, malah ia juga boleh diberi sebagai finger food untuk bayi yang dah ada gigi.

Selain itu, labu juga boleh diolah dalam pelbagai resepi makanan bayi yang sangat menyelerakan. Jadi, tak hairanlah labu sering menjadi pilihan makanan oleh ibu untuk bayi.

Tahukah ibu apa khasiat labu untuk bayi?

7 KELEBIHAN & KHASIAT LABU UNTUK BAYI

Berikut adalah antara khasiat labu secara umum.

Secara spesifiknya, labu amat baik untuk bayi disebabkan kelebihan-kelebihan seperti :

1. RASANYA SEDAP

Kebanyakan bayi mudah menerima labu sebagai makanan pertama mereka. Ini kerana rasanya yang lemak manis dan tidak begitu kuat berbanding buah-buahan atau sayuran lain.

Selain itu, teksturnya amat lembut apabila dikukus atau dijadikan puri. Labu juga jarang menjadi penyebab alahan kepada bayi.

2. MELANCARKAN PENCERNAAN

Labu mempunyai kandungan fiber / serat serta karbohidrat kompleks yang bagus untuk melancarkan fungsi penghadaman bayi.

Pengambilan labu secara sederhana dapat membantu bayi membuang air besar dan turut mengelakkan sembelit.

3. MENINGKATKAN KESIHATAN MATA BAYI

Warna kuning dan oren pada buah labu sebenarnya berasal dari komponen beta-karoten dan vitamin A yang berfungsi menjaga kesihatan mata bayi.

Selain itu, kehadiran lutein dan zeaxanthin pada labu kuning juga berguna untuk melindungi permukaan mata dan membran mata daripada jangkitan.

4. BAGUS UNTUK SISTEM PERTAHANAN BADAN

Labu kaya dengan kandungan zat besi, asid folik, serta vitamin A, vitamin C, dan vitamin E yang merupakan antioksidan. Semua nutrisi ini berfungsi untuk memperkuatkan sistem pertahanan tubuh bayi.

5. MEMBANTU BAYI TIDUR LENA

Menurut The Baby Sleep Site, labu juga memiliki komponen unik yang digelar tryptophan yang membantu tubuh menghasilkan serotonin.

Serotonin berfungsi sebagai neurotransmitter iaitu sejenis bahan kimia yang dikaitkan dengan kegembiraan, rasa tenang dan relaks.

Kehadiran serotonin serta asid amino dalam labu dikatakan boleh menggalakkan bayi untuk tidur lebih lena!

6. MENGGALAKKAN KESIHATAN KULIT BAYI

Selain baik untuk mata, beta-karoten yang terkandung pada labu juga bertindak sebagai pelindung semulajadi pada kulit bayi.

Di samping itu, vitamin A dan vitamin C pada labu juga berperanan dalam proses pembentukan kolagen yang mengekalkan keanjalan dan kesihatan kulit bayi.

7. BAIK UNTUK PERTUMBUHAN TULANG YANG KUAT

Banyak lagi khasiat labu untuk bayi yang amat sesuai bagi perkembangan bayi.

Kalsium dan magnesium menggalakkan tulang yang kuat, zat besi membantu pembentukan sel darah merah, manakala fosforus menggalakkan fungsi otak.

RESEPI PURI LABU UNTUK BAYI

Labu adalah sayuran yang versatile dan mudah untuk diolah menjadi pelbagai hidangan yang amat menyelerakan.
Ia boleh dimasak melalui beberapa cara seperti merebus, mengukus atau dibakar dalam ketuhar. Cara paling biasa untuk membuat bubur atau purée labu adalah seperti langkah berikut:

– Mula-mula kupas kulit labu, cuci, dan potong labu menjadi dadu.
– Setelah itu, rebus atau kukus labu hingga lembut, lalu angkat dan ditos.

– Langkah selanjutnya adalah melenyek labu dengan sudu / senduk atau mengisarkannya dengan blender.
– Ibu boleh menambah susu formula atau susu perahan ibu untuk menambahkan rasa lemak.

Mudah kan? Khasiatnya pun banyak. Jadi lepas ni bolehlah perkenalkan labu untuk si kecil ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *