loader image

BAYI IBU SEMBELIT?

“Dah dekat seminggu dia ni tak berak. Susah hati.. Tak tahulah dia ni tengah sembelit ke apa.”

Begini. Selalunya baby yang diberikan susu formula ni dia akan berak sekali dalam sehari. Tapi ada jugak yang dua ke tiga hari sekali baru membuang.

Bagi baby yang fully breastfed pulak, kadang tu ada je yang sampai seminggu tak keluarkan najis sebab semua nutrient dalam susu ibu tu dah habis diserap guna untuk proses membesar.

Sebenarnya konsistensi najis baby tu yang lebih penting berbanding kekerapan pembuangan najis. Asalkan najisnya lembut, insyaAllah okay.

Cuma perhatikanlah kalau dah beberapa hari tak berak kemudian tiba-tiba je ada tanda macam ni, baby kita tu mungkin sebenarnya tengah sembelit:

👉 Nampak dia sangat tak selesa dan asyik meragam (excessively fussy). Boleh jadi perutnya tengah sakit (on and off abdominal cramps).

👉 Masa nak buang air besar tu meneran bagai nak rak tapi najis yang keluar tu sikit sangat.

👉 Najisnya pulak keras-keras dah macam tahi kambing.

👉 Cek jugak kat kawasan dubur baby tu, takut-takut dah terluka (anal fissure). Tu yang kerap buatkan baby sakit sangat dan najis pun bercampur darah.

👉 Kadang tu kita boleh palpate dan rasa ada ketulan najis yang keras dekat bahagian abdomen (perut).

3 faktor yang selalu buatkan masalah sembelit ni antaranya disebabkan masalah dehydration, baru je tukar susu ibu ke susu formula atau pun boleh jadi sebab baby baru mula makan makanan pelengkap (weaning diet).

Jadi make sure:

⏩ Baby diberikan susu dan air yang cukup. Mana yang bancuh susu formula, pastikan ikut betul-betul arahan sukatan tu supaya tubuh bayi dapat jumlah air yang secukupnya melalui susu formula tadi.

⏩ Untuk si comel yang dah mula makan, berikan juga diet yang mengandungi serat supaya nanti najisnya jadi lebih lembut. Antaranya sayur broccoli dan buah-buah seperti pear, prun dan epal.

Namun jika sembelit masih berpanjangan, bawalah baby tu untuk dapatkan pemeriksaan.

Bestkan dapat tahu ilmu ni?

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *