Ramadhan bukan hanya bulan yang khusus untuk beribadah, tetapi juga peluang untuk membina tubuh badan yang sihat. Bayangkan, selama 11 bulan kita membiarkan perut kita bekerja untuk mencerna makanan tanpa henti dengan makan sepanjang hari, di bulan Ramadhan inilah masanya untuk memberi rehat kepada usus kita dari ‘bekerja’.
Disamping menahan lapar dan dahaga, adalah amat penting untuk kita amalkan pemakanan yang sihat, seimbang dan mengenyangkan ketika bulan puasa bagi memastikan stamina badan tetap kekal sepanjang hari.
Selain memakan makanan yang tinggi dengan karbohidrat, serat dan protein, terdapat juga beberapa jenis pemakanan sunnah yang boleh diamalkan ketika bulan puasa.
In shaa Allah amalan pemakanan sunnah ini, kesihatan badan kita akan menjadi lebih baik. Jadi, jom kita amalkan bersama.