Kalau si kecil kita tu kerap sangat mengalami
- masalah kembung perut
- asyik mengadu perut rasa berangin
- cirit birit
- tak pun sembelit
- loya
- kurang selera makan
Boleh jadi dia sebenarnya sedang memiliki problem usus yang tak sihat.
Tak bagus kalau begitu.
Nak tak nak mak ayah kena ambil peranan untuk jadi pakar perubatan dalam keluarga kita sendiri dan pastikan anak-anak kita
✅ Makan diet yang mengandungi sayur dan buah. Serat pada sayur dan buah tu akan bantu proses penghadaman dalam usus jadi lebih baik
✅ Elakkan kerap beri dia processed food, jajan dan junk food
✅ Galakkan si kecil tu aktif bermain dan melakukan aktiviti fizikal. Patutnya mak ayah rasa bimbang kalau nampak dia asyik duk menghadap gajet atau tv je memanjang.
✅ Make sure anak anak kita dapat rehat dan tidur yang cukup setiap hari
✅ Berikan dia makanan yang kaya dengan probiotic dan prebiotic
Dalam usus anak kita, ada bakteria baik. Ada jugak bakteria jahat.
Semua tips yang saya mintak mak ayah lakukan ni akan galakkan kuman baik untuk berkembang dalam sistem penghadaman.
Probiotik tu pun adalah ‘kuman baik’.
Kuman baik mesti kena mengatasi kuman jahat. Jika jumlah kuman jahat tu lebih banyak dan tak seimbang, masa tu anak kita dalam bahaya. Dia mudah sangat untuk diserang penyakit berbahaya dan akhirnya jatuh sakit.
Tolong #share ilmu ni dengan pasangan masing-masing ya demi kebaikan anak anak kita semua.