Setiap kali nak mandikan anak yang menghidapi ekzema memang perit, kerana kulit mereka yang sensitif. Lebih-lebih lagi bila kulit mereka terluka dan berdarah kerana terlalu kering. Nak mandikan anak ekzema ni ada langkah dan pantang-larangnya. Jadi, kita kongsi langkah mandikan anak yang ibu bapa yang mempunyai anak ekzema perlu titik beratkan.
MANDIKAN ANAK EKZEMA YANG PARENTS WAJIB AMBIL TAHU!
LANGKAH 1
GUNAKAN AIR SUAM-SUAM KUKU (LUKEWARM WATER) UNTUK MANDIKAN ANAK EKZEMA.
Jangan sekali-kali mandikan dengan air panas atau air sejuk. Sebab kedua-duanya sekali akan menyebabkan kulit akan jadi bertambah kering. Dah la kulit ekzema ni memang super duper kering. Bagi mandi air panas/air sejuk memang akan menerukkan lagi situasi. So, pastikan suhu air yang betul semasa nak mandikan anak ekzema anda ye.
Untuk anak yang masih kecil dan muat lagi nak berendam dalam bath tub baby tu, boleh terus mandikan dia dalam bath tub. Isikan air suam dalam bath tub dan biarkan anak berendam dalam bath tub tu. Lagi bagus kalau anda buat rendaman oatmeal dalam air mandian anak. Sangat-sangat membantu untuk soothe kegatalan melampau anak.
LANGKAH 2
MANDI DALAM TEMPOH 10 KE 15 MINIT SAHAJA.
Tempoh masa mandi untuk anak ekzema hanyalah 10 ke 15 minit sahaja ye. Jangan lama-lama. Lagi lama mandi, lagi kering kulit dia nanti. So, limitkan masa betul-betul.
LANGKAH 3
GUNAKAN SABUN MANDI KHAS UNTUK MASALAH KULIT EKZEMA ATAU KULIT KERING/SENSITIF.
Ini antara perkara PALING WAJIB. Wajib gunakan sabun mandian yang khas untuk kulit ekzema/kering/sensitif. Sila rajinkan diri baca label dan pastikan sabun mandian yang anda gunakan untuk mandikan anak ekzema adalah sabun yang bebas SLS/SLES & fragrance.
Kalau ikutkan banyak lagi ingredients yang anda perlu elakkan dalam sabun mandian anak anak ekzema anda. Tapi saya habaq hat yang SLS/SLES & fragrance tu je dulu. Next posting saya akan share details tentang ingredients dalam skincare yang wajib dielakkan oleh pesakit ekzema.
LANGKAH 4
SELESAI MANDI, LAP BADAN ALA KADAR ATAU 50% SAHAJA KERING.
Kalau anak normal, kita akan suruh depa lap badan betul-betul bagi kering lepas mandi kan? Haa..kalau anak ekzema lain ceritanya ye. Selesai je mandi, lap badan anak ekzema sekadarnya. Jangan sampai kering. Pat dry sahaja. Kita nak sisa-sisa air mandian tu masih ada lagi kat atas kulit dia.
LANGKAH 5
DALAM TEMPOH 3 MINIT SELEPAS MANDI, TERUS SAPU KRIM PELEMBAP/LOSYEN UNTUK LEMBAPKAN KULIT.
Lepas dah lap tu, dalam tempoh 3 minit lepas tu, terusss sapu krim atau losyen untuk lembapkan kulit & lock hydration dalam kulit anak. Sebagaimana yang kita tahu, anak ekzema ni ada masalah “skin-barrier issue”, so wajib sapu krim/losyen pelembap untuk lock kelembapan dalam kulit dia.
LANGKAH 6
BIARKAN TAK BERBAJU DALAM TEMPOH 5 MINIT SELEPAS SAPU KRIM/LOSYEN PELEMBAP
Tujuannya adalah untuk bagi krim/losyen pelembap tadi betul-betul meresap dalam kulit. Lepas tu dah boleh pakai baju macam biasa ye. Okay, boleh faham kan step-step kat atas ni?
Semoga perkongsian ini dapat membantu sebagai guideline dan panduan buat parents kat luar sana yang ada anak ekzema. Anak ekzema ni cara mandi tak sama macam anak yang lain ye. Kena particular & extra care sikit.