loader image

TIPS ATASI RAGAM BAYI TUMBUH GIGI

TIPS ATASI RAGAM BAYI TUMBUH GIGI

Gigi bayi mulai terbentuk ketika janin iaitu berumur enam minggu di dalam kandungan dan terus berkembang hingga bayi lahir. Pertumbuhan gigi susu pertama hingga lengkap memerlukan masa bertahun.

Gigi di bawah bahagian tengah adalah gigi pertama yang biasanya keluar dahulu. Setelah itu diikuti gigi tengah atas, lalu secara perlahan atau cepat (bergantung pada anak) muncullah gigi lain.

Lazimnya gigi pertama muncul antara usia empat hingga tujuh bulan. American Academy of Pediatrics menunjukkan tanda-tanda bayi sedang mengalami tumbuh gigi.
– Meragam, menangis dan lekas marah
– Demam rendah
– Banyak mengeluarkan air liur
– Suka menggigit dan mengunyah objek yang dipegang
– Bengkak
– Sering memasukkan jari ke dalam mulut

Gigi susu berfungsi penting dalam mempengaruhi keadaan dan kelancaran pertumbuhan gigi kekal kelak. Ia berfungsi mengunyah makanan, sekali gus membantu perkembangan tulang dan otot rahang, membantu proses perkembangan percakapan kanak-kanak dan membuka ruang untuk pertumbuhan gigi kekal.

Untuk meredakan nyeri gigi bayi

Bayi kerap berasa tidak selesa apabila tumbuh gigi hingga menyebabkan mereka meragam. Berikut panduan yang ibu boleh ikuti agar bayi tidak meragam.
☛ Ais krim buah yang membuat gusi yang sakit terasa sejuk, sekali gus memberikan nutrisi.
☛ Pisang yang telah disejukkan. Potong kepada bahagian kecil.
☛ Biskut teething sebagai alternatif yang cukup praktikal.
☛ Berikan teether yang telah disejukkan.
☛ Gunakan #Mamz Oil ke dlm bancuhan susu/ air minuman baby. Beri baby minum spt biasa. InsyaAllah #mamz bertindak meredakan sakit gusi baby & membuatkan baby tido lena. 

♥Sharekan sekiranya info ini bermanfaat. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *