Anak menangis je setiap kali mama ke dapur atau ke tandas. Menangis tu menjeit-jerit, macam kena cubit kan Mummiez. Faham perasaan kita yang di tandas mesti macam risau. Bertambah risau bila jiran ingat kita dera anak. Maklumlah sekarang banyak kes dera.
Inilah salah satu cabaran apabila menjadi seorang ibu. Sebenarnya Mummiez, ini lah yang dipanggil Separation Anxiety.
Separation Anxiety kebiasaannya berlaku pada bayi 8 bulan sehingga 3 tahun. Perasaan gusar dan takut bila berpisah dengan ibunya. di usia ini mereka dah mengenali siapa ibu dan ayah mereka. Sebelum tu, jom kita semak tanda-tanda separation anxiety yang berlaku pada kanak-kanak.
1) Nak mama lebih dari ayah.
Mana tidak nya Mummiez, 9 bulan dalam rahim melekat je dengan Mummiez. Lepastu susu ibu pula. Memang bau yang bayi selesa hanyalah bau badan ibu je. Memang sukar untuk bayi berpisah.
2) Nangis bila tak nampak mama depan mata.
Benda ni biasa terjadi kepada bayi yang dah boleh mengenal muka ibu dia. Di usia 8 bulan ke atas, mereka dah boleh melihat dengan jelas. Mereka dah boleh mengecam muka ibu dan bapanya dengan jelas.
3) Nangis bangun malam cari mama
Ini kerana bayi sangat mengecam bau ibunya. Jadi jika ibu tiada di sisi pada waktu malam, bayi akan berasa kehilangan dan akan mula gelisah mencari ibunya. Haaa selalukan terjadi macam ni Mummiez, sebab tu bila Mummiez bangun, anak pun bagun sekali.
4) Nangis bila tak nampak mama di depan mata.
Ini sungguh biasa terjadi, sampai rasa nak print muka mama dia letak dimana-mana. ada tak fikir macam tu Mummiez? Memang ini perkara biasa berlaku kepada bayi 6-3 tahun. Perasaan mereka tu mula rasa risau dan takut kehilangan Ibunya. Sebab zon selesa dia hanya ibunya,
Jadi Mummiez, ini ialah fasa biasa yang pasti anak-anak akan lalui. Ada cara mengatasinya, nanti kita kongsi di penulisan yang seterusnya tau. Jumpa lagi Mummiez. Jangan lupa tau Consume Mamz Oil dan Mamz Cream pada anak agar anak tenang je bila tiada Mummiez di depan mata.