Siapa yang anaknya susah sangat nak minum air kosong? Haa angkat tangan tinggi-tinggi!
Kemain banyak alasan nak mengelat. Macam kena minum air ubat pula…
Kalau air yang bergula dan berperisa tak perlu suruh. Tahu-tahu dah minum sendiri. Alahai anak…
Air bergula dan berperisa ini lebih banyak keburukannya berbanding kebaikannya. Kena juga ambil kira pelbagai pewarna dan perisa tiruan yang ada di dalamnya.
Haa…hari ini Mamz nak kongsikan beberapa idea untuk beri anak Mummiez minum air kosong. Jom kita tengok!
- Botol Air ‘Special’ Untuk Anak-Anak
- Pelbagaikan Pilihan Botol Air dan Cawan
- Jom Buat Koktel Buah!
- Lead By Example
- Botol Air ‘Special’ Untuk Anak-Anak
Sediakan botol air khusus untuk setiap anak tak kira semasa keluar mengembara, ke sekolah atau ke mana-mana sahaja. Apabila mereka nak minum, air dah tersedia dan ini memudahkan anak. Tak perlu lagi nak berhenti atau cari kedai semata-mata untuk beli air. Ingat taw, terus berikan air semasa mereka minta. Jika ditangguh-tangguh mungkin mereka tidak berkeinginan untuk minum lagi.
- Pelbagaikan Pilihan Botol Air dan Cawan
Mummiez boleh cuba cari dan beli bekas minuman sama ada botol atau cawan yang anak suka dan selesa untuk mereka gunakan. Contohnya, jika anak suka BoboiBoy, boleh carikan bekas yang ada gambar BoboiBoy. Semasa di kedai, beri anak peluang untuk mereka pilih sendiri mana yang berkenan di hati. Mungkin di mata kita nampak kurang cantik, namun di mata mereka itu lah yang paling cantik! Pasti anak-anak akan lebih bersemangat untuk minum air kosong dengan botol pilihan mereka.
- Jom Buat Koktel Buah!
Anak-anak yang susah sangat nak minum air kosong? Haa Mummiez cuba buat koktel buah tapi gantikan susu cair dengan air kosong. Boleh guna buah tembikai, epal, jambu atau apa sahaja yang Mummiez inginkan. Potong dadu kecil dan masukkan dalam air. Bila anak-anak nak kaut buah itu nanti mesti terambil air kosong tu juga kan? Air kosong tadi pun berperisa sebab dah bercampur dengan air jus dari potongan buah tadi.
- ‘Lead By Example’
Nak anak-anak minum air kosong, tapi Mummiez pun jarang minum air kosong depan mereka? Alamak! Sebagai Mummiez yang berdedikasi, apa kata kita jadikan diri kita sebagai contoh terbaik pada anak-anak? Setiap kali pada waktu tertentu bila kita minum air kosong, ingatkan dan ajak anak-anak untuk minum air kosong juga. Boleh jadikan amalan setiap kali nak keluar rumah, bawa bekal air kosong untuk Mummiez dan anak-anak. Mungkin Mummiez perlu juga dapatkan botol khusus macam anak-anak seperti idea di atas!
Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu di negara kita ini, kesihatan merupakan satu anugerah yang sangat berharga. Pengambilan cecair terutamanya air kosong sangatlah penting. Kurangnya pengambilan air kosong boleh menyebabkan kita lesu dan kurang bertenaga kerana organ dalaman terpaksa bekerja keras.
Bila kurang minum air kosong, mulalah rasa bagai nak demam dan batuk-batuk. Bila rasa tak selesa, banyakkan minum air kosong. Gunakan Mamz Oil dan Mamz Cream juga taw!
Sayangi lah diri anda, sayangi juga keluarga anda…