Kenangan indah semasa kanak-kanak tetap kita ingati sehingga kini, walaupun ianya perkara yang remeh dan kecil. Begitu juga dengan anak-anak kita. Ada beberapa perkara yang ibu dan ayah boleh lakukan untuk tunjukkan kasih sayang kepada mereka.
1. Sentuhan Fizikal Yang Lembut
2. Meluahkan Rasa Sayang Melalui Kata-Kata
3. Meluangkan Masa Berkualiti Bersama
4. Memberi Ganjaran
5. Membantu Anak Melakukan Kerja Rumah
6. Sentiasa Mendoakan Yang Terbaik
Usah kekok untuk peluk dan cium anak-anak dan beri pujian walaupun pada perkara-perkara kecil. Lakukan aktiviti kegemaran dan dengar fantasi, cita-cita dan cerita mereka. Ajar anak-anak ilmu, teknik dan perkara baru dan boleh mula berikan mereka tanggungjawab penting untuk digalas. Dan yang terakhir, ucap terima kasih dan hargai sikap baik yang mereka tunjukkan.
Tempoh mereka membesar sangat singkat, kadang-kadang tak perasan pun. Maka hargailah tempoh tersebut dan bekalkan anak-anak dengan kenangan indah bersama ibu dan ayah serta adik-beradik.