Kanak-kanak memerlukan nutrien dan zat yang cukup agar tubuh dapat membesar dengan sihat. Selain makanan asas seperti nasi, kanak-kanak juga perlu diberi pendedahan akan makanan bernutrisi yang lain seperti kekacang, produk tenusu, sayuran dan buah-buahan.
Menyentuh tentang buah-buahan, hampir kesemua buha-buahan mengandungi zat dan nutrien yang penting untuk perkembangan fizikal dan minda yang sihat. Kami kongsikan 5 jenis buah-buahan yang terbaik untuk tumbesaran kanak-kanak.
1. Epal Hijau
Epal hijau mengandungi 2 kali ganda Vitamin A berbanding epal merah dengan kandungan gula yang lebih rendah. Kandungan pectin dalam epal hijau bertindak sebagai probiotik yang menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus dan dapat membantu melancarkan proses pencernaan.
2. Oren
Oren amat baik untuk membantu meningkatkan daya imun dan kaya dengan antioksidan yang bertindak sebagai bahan anti-radang yang mampu mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan jantung.
3. Pisang
Pisang mempunyai tekstur yang lembut dan mudah untuk dimakan. Ia kaya dengan serat dan beberapa nutrien penting seperti potassium, magnesium, Vitamin B6 dan Vitamin C. Pisang juga mengandungi kalsium, fosforus, Vitamin D dan Vitamin K. Maka tidak hairanlah pisang termasuk sebagai salah satu ‘superfood’!
4. Betik
Betik juga menjadi pilihan sebagai sumber beta carotene di mana ia kaya dengan Vitamin A yang diperlukan tubuh badan kita. Kandungan vitamin dan nutrien dalam betik membantu meningkatkan sistem imun dan juga baik untuk sistem pencernaan kerana kaya dengan dengan air dan serat.
5. Anggur
Anggur membantu mengekalkan paras haemoglobin dalam darah di samping memastikan organ dalaman berfungsi dengan baik. Selain itu, ia juga membantu mengurangkan risiko jangkitan pada saluran pernafasan kanak-kanak dan mengelakkan dari serangan penyakit seperti bronkitis dan asma.
Semoga dengan ikhtiar kita dapat memberi hanya yang terbaik untuk anak-anak membesar dengan sihat dan ceria!