loader image

JANGAN TINGGALKAN ANAK DI DALAM KERETA!

Baru-baru ini tular sebuah keluarga meninggalkan dua orang anak di dalam kereta dengan enjin yang tertutup. Perkara ini sangatlah membahayakan walaupun mereka membuka tingkap sedikit untuk tujuan pengudaraan. Dengan suhu sekarang yang semakin meningkat, telah banyak kes strok haba yang telah kita dengari. Golongan yang paling berisiko untuk terkena strok haba sudah tentu golongan kanak-kanak dan warga emas. Perkara ini seharusnya ibu bapa cakna dan tidak membiarkan anak tinggal di dalam kereta ketika kereta tidak bergerak sama ada dengan enjin terbuka atau mati.

Bahaya duduk di dalam kereta ketika kereta tidak bergerak kerana semakin lama kereta berhenti, oksigen akan semakin kurang. Walaupun ketika aircond terbuka, oksigen hanya akan berpusar di dalam kereta dan sampai satu tahap ia akan bertukar menjadi karbon dioksida kerana tiada oksigen yang masuk daripada luar.

Apabila paras oksigen sudah mula berkurang, kita akan mula merasa sesak nafas dan yang paling berbahaya adalah sekiranya kita tertidur di dalm kereta kerana kita boleh tidak sedarkan diri dan boleh menyebabkan kematian. Bahaya apabila kita kekurangan oksigen keran oksigen tidak dapat di hantar ke otak lalu menyebabkan sistem tubuh tidak dapat berfungsi. 

Sekiranya ingin berehat atau meninggalkan anak di dalm kereta pastikan tidak lebih daripada 10 minit agar keadaan keluarga dan diri selamat daripada kesesakan nafas. Berhati-hati ketika musim panas ini dengan ambil langkah berjaga-jaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *