fbpx

CORONA VIRUS!!

CORONA VIRUS!!

CORONA VIRUS!!

Virus Corona atau Novel Coronavirus 2019 adalah virus yang menyerang sistem pernafasan. Penyakit kerana infeksi virus ini disebut COVID-19. Virus Corona boleh menyebabkan gangguan pada sistem pernafasan sehingga menyebabkan kematian.

Virus 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV) yang lebih dikenali dengan nama virus Corona adalah jenis baru dari coronavirus yang menular ke manusia. Virus ini boleh menyerang siapa sahaja, baik bayi, anak-anak, orang dewasa, warga tua, ibu hamil, maupun ibu menyusu.

💉 Ciri-ciri Virus Corona

Pesakit yang terjangkit virus corona menunjukkan ciri-ciri yang kerap ditemukan pada pesakit dengan gangguan pernafasan. Ciri-ciri virus corona ataupun gejala tersebut adalah:

🤒 Demam
🤒 kepala
🤒 Selsema
🤒 Sesak nafas
🤒 Batuk parah
🤒 Sakit tekak

Berawal dari enam gejala umum di atas, virus corona boleh mengakibatkan keadaan menjadi lebih parah. Jika virus ini sudah sampai ke paru-paru, maka ia akan merosakkan fungsi paru-paru. Selanjutnya, virus ini akan menyebabkan gangguan pada saluran pernafasan bahagian bawah seperti
radang paru-paru dan bronkitis. Kemudian, jika virus sudah menyentuh ginjal, maka ia juga akan menyebabkan gagalnya ginjal. 😰

Seseorang dapat tertular COVID-19 melalui berbagai cara, iaitu :

😷 Tidak sengaja menghirup percikan ludah dari bersin atau batuk penderita COVID-19.
😷 Memegang mulut atau hidung tanpa mencuci tangan terlebih dahulu, setelah menyentuh benda yang terkena percikan air liur penderita COVID-19.
😷 Berhubung jarak dekat dengan penderita COVID-19, misalnya bersentuhan atau berjabat tangan.

🛑 Pencegahan Virus Corona

Meski penyakit ini cepat menyebar, namun virus corona dapat dicegah. World Health Organization (WHO) mengesyorkan beberapa cara pencegahan paling efektif.

💊 Periksa kesihatan
Masyarakat yang telah melawat dari negara-negara yang terdapat kes virus corona agar segera memeriksa kesihatan dan melakukan sejumlah pencegahan. Kini virus corona telah terjadi di seluruh dunia.

💊 Menggunakan alat pelindung diri seperti mask
Virus corona berukuran 100-125 nanometer. Virus ini boleh berpindah melalui bersin dan batuk. Itu sebabnya, memakai pelindung merupakan cara efektif mencegah virus ini bagi masuk ke dalam tubuh kita. Sebagai contoh, memakai mask dengan pori lebih kecil dari 100 nanometer. Jenis masker yang paling tepat untuk mencegah virus corona ialah mask jenis N95, kerana mask ini boleh menghalang partikel halus masuk ke tubuh.

💊 Kurangkan berhubung dengan pesakit dan haiwan liar
Kita disarankan tidak berhubung langsung dengan orang yang menunjukkan gejala virus corona, seperti demam, selsema, batuk, dan sesak nafas. Selain itu, hindarilah berhubung langsung dengan haiwan liar kerana virus corona diduga berasal dari kelelawar, musang, dan ular kobra.

💊 Cuci tangan sebersih mungkin
Virus ini juga boleh berpindah tempat melalui sentuhan tangan dengan pesakit yang terinfeksi. Atau boleh juga dengan cara menyentuh tempat yang sudah terinfeksi virus tersebut, seperti pemegang pintu, wang, dan sebagainya. Meski demikian, tetaplah berjaga-jaga dengan cara mencuci tangan sebersih mungkin. Kemudian, hindari menyentuh mata, hidung, dan mulut sebelum mencuci tangan. Mencuci tangan ini boleh menggunakan sabun selama minimal 20 saat, boleh juga menggunakan hand sanitizer yang mempunyai kandungan alkohol 70%-80%. Hand sanitizer berfungsi membunuh bacteria, virus dan kotoran yang terlekat di tangan kita, memandangkan tangan kita mudah terdedah dengan pelbagai barang yang telah disentuh.

💊 Hindari makan makanan mentah
WHO juga merayu agar masyarakat menghindari penggunaan protein haiwan yang masih mentah atau kurang matang. Ini kerana makanan mentah atau yang tidak matang sempurna masih membawa virus corona.

💊 Mengambil Vitamin C
VITAMIN C sangat diperlukan untuk tubuh badan kita. Bahkan ia mampu membuatkan kulit anda cantik dan awek muda. Ia boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, kedua-duanya adalah sumber terbaik vitamin C. Vitamin C amat penting untuk membina sistem imunisasi yang kuat lagi kebal. Vitamin C yang mencukupi dapat memastikan anda tidak mudah diserang jangkitan virus, bacteria ataupun kuman. Kita disarankan mengambil vitamin C sehari sekurang-kurangnya 500mg.

💊 Menerapkan pola hidup sIhat
Keadan kesihatan pesakit virus corona semakin memburuk jika daya tahan tubuhnya rendah. Itu sebabnya, penting dalam menjaga daya tahan tubuh dengan pola hidup sihat seperti menerapkan pola makan gizi seimbang, rehat yang cukup, dan rutin senaman. Virus corona boleh menyebabkan penyakit kritikal, maka kita perlu mencegah agar tidak terjangkit virus tersebut dengan enam langkah di atas. Selain melakukan pencegahan dari sisi kesihatan, kita juga perlu melindungi diri dari tempat awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Enter your keyword