loader image

” BAGI ANAK 6 MAINAN INI UNTUK MERANGSANG ANAK JADI BIJAK DARI UMUR 0-6 BULAN “

Kalau mommies nak tau anak kita akan belajar time die bermain. Tapi ade beberapa mainan yg blh meransang minda anak. Mainan ini dpt tambah kemampuan bayi dari segi kemahiran motor, kognitif, emosi dan lain-lain. Kak Ira nak share 6 permainan tersebut.


1. Mainan lembut
Biasanya mainan lembut ini bayi sekitar 4 bulan dan bayi akan suka menggigit. Ini utk mengelakkan bayi menggigit benda2 keras dan tajam. Sebelum bg make sure mainan tu bersih, tak mudah tertalan dan tak bahaya.

2. Buku bayi
Kenalkan buku bayi yang dibuat dari kain dan ada tekstur yang berbeza pada setiap halamannya. Lepastu, bacakan cerita setiap hari sebelum tidur, sekaligus menarik minatnya membaca buku dr kecil. Pilih buku yang jalan ceritanya tak terlalu panjang dan cuma beberapa patah ayat saja dalam satu halaman.

3. Mainan Hitam Putih
Bila je lahir, mata bayi blom sempurna utk melihat. Bayi usia 0-1 bln cuma dpt lihat hitam putih dng jarak 10 ke 25 cm. Jadi untuk permulaan, mommies boleh tunjukkan si kecil gambar hitam putih dan dia akan memerhatikannya tanda tertarik dengan gambar tersebut. Lepastu mommies gerakkan gambar hitam putih itu dan cuba tgok samaada si kecil ikut arah gambar tersebut atau tak.

4. Mainan cermin
Bila usia bayi dh 4 bln, fungsi mata bayi makin baik. Masa ini bayi dapat melihat warna dengan jarak pandang lebih jauh. Pada usia ini juga si kecil cuba capai mainan yang digantung tapi bila tak boleh capai, dia cnfirm akan nangis. Bayi juga akan keluarkan bunyi ‘ah uh he’ sambil pandang mainan tersebut. Bayi juga suka tgok refleksi mukanya di depan cermin dan habiskan masa yang lama untuk ketawa bila tgok cermin.

5. Mainan gantung
Baby yg 1-4 bln mommies blh bg mainan gantung utk merangsangkan pancaindera. Mainan ini juga galakkan bayi senyum dan ketawa bila tgok mainan bergerak dan berbunyi.

6. Bola
Bayi yang sudah merangkak, mainan bola membantu merangsang kemampuannya untuk terus merangkak. Apatah lagi, dia dapat sentuh dan mendapatkan bola tersebut ketika bergerak. Begitulah seterusnya, hingga anda dapat melihat si kecil tangkas semasa merangkak demi mendapatkan bola yang berada di hadapan matanya. Pastikan anda memilih bola yang mempunyai pelbagai tekstur, boleh berbunyi apabila dipicit dan lembut.

Semoga bermanfaat 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *