5 PUNCA MENGAPA SI KECIL MERAJUK. Punca ke-5 ibu2 WAJIB tau!

5 PUNCA MENGAPA SI KECIL MERAJUK. Punca ke-5 ibu2 WAJIB tau!

“Rania !!!! …Boleh tak kalau tak kacau ibu kat dapur ni !! Pergilah tengok TV kat depan tu. Ibu nak masak ni!”

Si kecil tetap kejap memaut kaki ibu dan enggan melepaskannya. Jadi, bagaimana ibu hendak membereskan kerja-kerja rumah? Sedangkan ibu mengejar masa untuk menyiapkan banyak tugasan di rumah.

Kalau tersilap gaya boleh mengamuk dia. Kenapa agaknya anak kecil mudah merajuk dan kerap memberontak jika ada yang tidak kena padanya?

Jawapan ini mungkin membantu anda lebih memahami jiwa si kecil yang sukar dijangka.

1. MAHUKAN PERHATIAN

Si kecil mahu dirinya diberi perhatian. Mereka mahu disayangi, dimanja dan dibelai. Namun dia tak tahu cara dan tempat yang betul mendapat perhatian tersebut. Sebagai ibu bapa yang sentiasa sibuk, elakkan daripada terus menengking anak walaupun cara mereka salah. Sabar dan cuba berikan perhatian seketika walaupun ketika anda sibuk memasak di dapur.

2. INGIN KAWALAN SENDIRI

Dulu masa anak masih bayi, kita yang tentukan aktivitinya. Masa untuk tidur, mandi, makan, bermain dan macam-macam aktiviti lagi. Bila dah besar, si kecil mula pandai hendak buat keputusan sendiri. Pendek kata dia dah pandai nak bertengkar dengan mama tentang siapa yang patut bagi keputusan. Misalnya kalau suruh mandi, si kecil sudah pandai menjawab “Kejap ma, adik nak main dulu.”

3. MENGUJI PERATURAN

Semakin anak anda pandai berdikari dia semakin bijak mencuba banyak perkara termasuk menguji peraturan yang anda tetapkan. Jangan cepat ‘cair’ dengan pujuk rayu mereka yang manis seperti gula. Anda perlu bertegas dengan peraturan yang ditetapkan. Dalam masa yang sama terangkan kepada si kecil mengapa dia mesti patuh kepada peraturan tersebut.

4. CUBA MEMBERONTAK

Kadangkala si kecil akan tahu sebenarnya kalau dia buat perangai akan kena marah, jadi sebelum dia menjadi mangsa kena marah lebih baik dia memberontak atau membuat perangai sebagai salah satu cara pertahanan diri. Selain mahukan perhatian, si kecil berfikiran kaedah yang digunakan ini mampu membuatkan ibu atau ayah tidak marahkannya.

5. INGIN KEHADIRAN MEREKA DISEDARI

Kadangkala kanak-kanak mahu diri mereka diterima oleh orang dewasa. Mereka enggan dipinggirkan. Salah satu cara untuk ‘mendapat tempat’ di mata orang dewasa adalah dengan cuba menarik perhatiannya melalui tingkah laku mereka yang boleh mengundang kemarahan. 

Misalnya ketika anda sedang asyik berbual dengan orang lain, si kecil cuba menimbulkan masalah dengan membuat sesuatu perkara yang dilarang sebelum ini. Niatnya ialah untuk mengganggu perbualan anda dengan orang lain. Dia mungkin cemburu dan tidak suka melihat anda asyik berbual sehingga mengabaikannya.

Jadi elakkan daripada si kecil merasa bosan tanpa perhatian. Paling utama adalah berikan dia tumpuan dan perhatian supaya dapat mengelakkan daripada dia memberontak dan mengamuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help? Chat with us