loader image

ELAK TERSILAP DOS! TIPS BERI UBAT KEPADA KANAK-KANAK.

Bila si kecil sakit, benda yang paling susah untuk kita hadapi mestilah time sesi makan ubat. Perit betul melalui sesi tersebut. Nak buat macam mana, kalau yang betul-betul degil tu, sampai terpaksa pegang tangan dan kaki semata-mata nak makan ubat. Ada juga yang jenis makan ubat sikit-sikit. Ada pula yang telan sikit saja dah muntah. Terpaksa lah mama ambil dos lain.

Tapi sebenarnya penting untuk kanak-kanak dapat dos yang tepat. Tapi kalau terlebih dos boleh membahayakan. Kurang dos pula buat ubat tidak berkesan. Mama nak tahu alat apa yang patut digunakan untuk beri ubat kepada anak?

1- Picagari (syringe)

Sesuai untuk beri ubat kepada kanak-kanak sejak dari bayi. Ia ada senggatan untuk ukur dos dengan tepat. Pastikan nombor di senggatan tu jelas kelihatan. Pancut ubat dengan perlahan dan terkawal ke arah dalam pipi untuk elakkan bayi tersedak.

2- Penitis (dropper)

Alat ini juga sesuai untuk bayi. Konsepnya sama dengan picagari. Ada senggatan untuk mengukur dos. Biasanya satu picitan dropper sudah dibuat untuk mengukur satu dos. Tapi semak dahulu jumlah dos sebelum beri kepada bayi/anak.

3- Dosage Cup (bekas pengukur)

Sesuai untuk kanak-kanak yang sudah boleh minum dari cawan. Ia boleh ukur ubat dengan jumlah yang lebih besar. Senggatan di dosage cup mungkin tunjuk isipadu dalam ml atau mengikut ukuran sudu.

4- Sudu

Yang terakhir dan paling biasa digunakan adalah sudu. Guna sudu mudah, tapi ada risiko dos kurang tepat. Sukatan untuk sudu:

  • 1 sudu besar = 15 ml
  • 1/2 sudu besar = 7.5 ml
  • 1 sudu teh = 5 ml
  • 1/2 sudu teh = 2.5 ml

Pemilihan alat pendosan yang betul dapat memastikan ubat diberi dalam dos yang tepat. Selain itu, ia akan memudahkan proses pemberian ubat dan mengurangkan risiko ubat tertumpah sewaktu ubat diberikan. Keliru tentang ubat? Tanya saja ahli farmasi. Mereka mesti boleh tolong!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *