loader image

HATI-HATI KALAU IBU SELALU BAWA ANAK KE TAMAN!

Ibu selalu ke bawa anak ke taman permainan? Petang-petang saja kalau tak ada aktiviti nak dibuat terus bawa anak jalan-jalan di taman. Main buaian, gelongsor, jongkang-jongket, palang besi dan sebagainya. Dah puas main, ibu-ibu belanja pula anak makan aiskrim. Itulah rutin bila pergi taman permainan kan?

Tapi ibu-ibu perasan tak bila bawa anak ke taman tu, kadang-kadang cat peralatan di taman pun dah mula luntur dan usang. Ada sesetengah tu sampai cat dah boleh dikikis dengan jari saja. Ha, yang ni ibu kena hati-hati! Jangan biarkan anak mama tergigit, terjilat atau makan serpihan cat tersebut.

Plumbum Tersembunyi Di Dalam Cat

Sebab cat yang digunakan di sesetengah taman permainan didapati mengandungi kandungan plumbum yang sangat tinggi, lebih jauh dari paras selamat yang dibenarkan.

Tak percaya? Pada 24 Oktober yang lepas, di sekitar kawasan utara, peralatan permainan di taman permainan awam telah dikesan mengandungi plumbum pada paras berbahaya pada kadar melebihi 90 bahagian persejuta (bps).

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, hasil tinjauan mendapati 13 dari 17 peralatan taman permainan mengandungi plumbum pada kadar tinggi.

Risiko Keracunan Guna Peralatan Permainan

Menurutnya, 11 peralatan yang dicat berplumbum di taman permainan sekitar kawasan ini didapati mengandungi plumbum melebihi 10,000 bps sekaligus mendedahkan risiko keracunan kepada kanak-kanak. Beliau berkata lagi bahawa, cat berplumbum itu akan rosak dalam tempoh masa tertentu disebabkan penggunaan yang berulangkali selain pendedahan kepada cahaya matahari dan hujan. Ini yang akan menyebabkan cat itu mengelupas dan masuk ke dalam habuk dan tanah. Kemudian ia akan masuk ke dalam badan anak-anak ibu yang suka sangat masukkan tangan ke dalam mulut ni.

Bimbang dengan perkara ini, CAP menggesa tindakan segera diambil bagi melarang penjualan dan penggunaan cat berplumbum terutama untuk produk yang mendedahkan kanak-kanak kepada pencemaran plumbum. CAP juga telah membentuk undang-undang untuk menyingkirkan plumbum dalam cat.

Kesan Keracunan Plumbum Kepada Kanak-Kanak

Plumbum ni merupakan bahan toksik yang mudah terkumpul dan mampu menjejaskan beberapa sistem tubuh kanak-kanak yang terdedah kepadanya. Antaranya:

  •  Menjejaskan perkembangan otak
  •  Masalah pertuturan dan pendengaran
  •  Masalah pembelajaran
  • Kadar kesuburan menurun
  • Kegagalan ginjal
  • Masalah kardiovaskular

Banyaknya! Takut kan? Sebab tu lah ibu-ibu kena teliti sikit bab-bab sebegini. Bukan setakat lepas keluar tandas saja kena cuci tangan, lepas bermain di taman pun, mama kena wajibkan anak mama untuk cuci tangan sebelum makan. Barulah tak memudaratkan diri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *