loader image

BOLEH KE TIDAK BAYI MINUM AIR MINERAL?

Seperti yang kita tahu, minum air kosong khususnya air mineral adalah bagus untuk meneutralisasikan sistem dalam badan. Namun, mungkin ramai dalam kalangan ibu bapa yang masih tertanya-tanya sama ada sesuai atau tidak untuk bayi minum air mineral. Jangan risau, bagi merungkai kepada persoalan ini, ikuti jawapan dari pakar supaya anda dapat gambara yang lebih jelas.

BOLEHKAH BAYI MINUM AIR MINERAL?

Ketika cuaca panas, ramai ibu yang mengeluh dan mengalami dehidrasi yang jelas seperti mudah haus dan kurang membuang air kecil. Mereka digalakkan untuk minum mineral dengan kuantiti yang lebih banyak terutama bagi ibu yang menyusukan anak mereka. Tetapi adakah bayi juga perlu diberikan air mineral juga?

Secara amnya bayi yang berumur kurang 6 bulan tidak boleh diberikan air mineral atau air kosong. Bayi tidak memerlukan air dan mineral kerana mereka memperolehi sejumlah kuantiti air yang cukup melalui air susu yang diminum, sama ada dari susu ibu atau susu formula.

Memberikan air pada mereka akan mengganggu kebolehan tubuh untuk menyerap nutrien dari susu ibu atau susu formula dengan cara yang lebih berkesan. Memberikan air juga menyebabkan perut bayi akan menjadi penuh dan kembung. Mereka mungkin tidak selesa dan mudah menangis. Bayi juga akan hilang rasa lapar untuk meminum susu. Walau bagaimanapun ibu bapa boleh memberikan sedikit air dengan menggunakan sudu jika difikirkan perlu dan ini sudah pasti tidak menjejaskan kesihatan bayi.

BAYI AKAN MENGALAMI SAWAN DAN KOMA

Dalam dalam kes yang terpencil, jarang berlaku tetapi serius, apabila bayi diberikan terlalu banyak air, bayi akan mengalami mengalami sawan dan koma akibat “keracunan air” (water intoxication). Ini berlaku apabila air yang diberikan kepada bayi dengan kuantiti yang banyak telah menyebabkan kecairan pada kepekatan mineral sodium dalam tubuh, menyebabkan ketidakseimbangan mineral dan akhirnya tisu tubuh akan mengembang. Pengembangan tisu otak secara tiba-tiba akan menyebabkan bayi mengalami koma.

Dalam kes yang disebutkan di atas, apabila ibu bapa menambahkan air dalam bancuhan susu dalam kuantiti yang banyak dari sepatutnya, ia juga boleh menyebabkan “keracunan air”. Selain itu susu yang cair dan diminum menyebabkan bayi akan menerima nutrisi yang amat berkurangan dari sepatutnya. Oleh itu para ibu yang menyusukan anaknya dengan susu formula haruslah membaca arahan bancuhan susu dan elakkan dari menambah air yang lebih dari kadar yang sepatutnya.

TUNGGU CAPAI UMUR 6 BULAN

Walau bagaimana pun jika bayi mengalami cirit-birit, doktor mungkin menasihati ibu untuk memberikan bancuhan garam ke dalam air untuk diberikan kepada bayi untuk mengelakkan dehidrasi. Ini dibenarkan.

Apabila bayi telah mencapai umur enam bulan, tidak menjadi mudarat memberikan sedikit air menggunakan sudu kepada bayi. Berikan sekadar yang perlu. Memberikan air secara berlebihan akan menyebabkan bayi akan mengalami kembung perut dan tidak berselera untuk makan.

Setelah berusia setahun, kanak-kanak telah makan makanan yang pejal dan minum susu pada kadar yang sepatutnya, bolehlah memberikan air mineral kepada kanak-kanak itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *