loader image

TIPS UNTUK TURUNKAN KUNING BAYI!

Tips 1: Penyusuan Yang Kerap

Anda hanya perlu kerap menyusu untuk turunkan kuning bayi. Kalau boleh, setiap 1-2 jam.
Namun, ada juga kes dimana ibu menyusu dengan kerap, tapi bila esoknya ke klinik, kuning tak jugak turun! Malah kuning semakin naik atau mungkin turun sedikit saja.

Rupa-rupanya puncanya ialah..ramai ibu tidak menyusu dengan cara yang betul, yang mana lekapan penyusuan mereka adalah SALAH. Sesetengah ibu tidak perasan, kadang kala bayi bukannya menyusu, tapi sekadar menghisap puting sahaja dan tidak menelan susu. Akibatnya, bayi tidak dapat cukup susu dan kuning juga susah untuk turun.

Bila lekapan bayi tidak betul di payudara ibu, susu ibu akan tersekat dan tidak keluar dengan lancar!

🌝 Tips 2: Pemakanan Yang Berkualiti Dan Seimbang 🌝

Ibu perlu banyak makan kurma dan menelan madu sepanjang tempoh menyusu kerana susu ibu sangat baik untuk merawat bayi yang terkena jaundis.

Menjaga pemakanan yang sihat dan seimbang sangatlah penting untuk anda yang sedang berpantang dan menyusu. Anda perlu sihat dan bertenaga, untuk menghasilkan susu yang cukup dan berkualiti untuk bayi.

🌝 Tips 3 : Titiskan Susu Kambing Ke Dalam Mulut Bayi 🌝

Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidap jaundis. InsyaAllah terbukti membantu para ibu.

🌝 Tips 4 : Pancaran Lampu Sinaran UltraViolet 🌝

Sekarang zaman sudah canggih. Sudah ramai yang menawarkan servis penyewaan mesin sinaran ultraviolet khas untuk menurunkan demam kuning si kecil. Jadi si ibu boleh survey dan lihat di kawasan mana yang menyediakan servis sewaan mesin ini.

🌝 Tips 5 : Beri Si Kecil Susu Formula 🌝

Mungkin ada yang akan fikir : ‘eh awalnya nak bagi susu FM…’ Tapi sebenarnya dari segi praktikal, susu FM sangat membantu para bayi membuang air besar dan kecil dengan lebih kerap.

Semakin kerap si kecil membuang, peratus untuk kuning si kecil berkurangan adalah lebih tinggi memandangkan kuning akan berkurangan apabila si kecil membuang air besar dan kecil.

Cubalah. InsyaAllah sangat membantu.

Tapi diingatkan jangan terlalu leka sampai lupakan pemberian susu badan sendiri.
Susu badan ibu adalah penawar paling mujarab untuk demam kuning bayi. Mudah je nak ikut cara-cara untuk turunkan kuning bayi dengan cepat.

Jangan lupa amalkan tips turunkan kuning bayi dengan cepat yang dikongsikan di atas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *