Kebanyakkan ibu bapa risau nak bagi anak minum ubat batuk. Lagi-lagi anak yang bawah usia dua tahun. Malah doktor pun tidak mengesyorkan kecuali atas sebab-sebab tertentu
Sebagai langkah alternatif, ada sesetengah ibu mengambil inisiatif dengan melalkukan rawatan selamat dengan menggunakan bahan semulajadi untuk mengurangkan masalah batuk dan kahak anak
Menerusi perkongsian Dr Rizal Abu Bakar, beliau ada memberi cara membuat ubat batuk dengan menggunakan bawang holland dan madu. Sesuai diamalkan untuk sesisi kelaarga. Boleh juga diberi pada anak kecil
Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Masa kerja di Belbourne dulu saya pernah tengok. Takut saya jadinya bila tengok.
Semenjak dari itu saya tak ambil lagi ubat batuk. Tak bagi lagi pada anak-anak. Jauhkan diri lagi ada la
Kalau batuk saya cari alternati lain. Cari ubat yang kesannya berbea pada otak. ubat tu tak bagi kesan menakutkan
Lama juga cari alternatif ni. Maacam-macam jurnal yang dibaca. Macam-macam buku ditelaah. Macam-macam orang ditanya. Akhirnya berjumpa juga.
Saya mula buat petua alternatif ini kalau anak-anak batok. Cara pon mudah. Jadi saya kongsikan di bawah ini.
Saya mula buat petua alternatif ini kalau anak anak batuk. Cara pun mudah. Jadi saya kongsikan di bawah ni.
Caranya ialah:
1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan ulas bawang tersebut.
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.
Yang bestnya petua ni boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega anak anak jadinya. Bolehlah cuba.